Assalammualaikum w.b.t
Ummiza Cafe Masakan Melayu | Masakan Melayu yang sangat sedap dan menepati citarasa Mrsyanie dan Mrlaling boleh didapati di Ummiza Cafe. Sanggup Mryanie datang dari Tanjung Malim semata-mata nak merasa masakan Melayu dari Ummiza Cafe.
Ummiza Cafe
Ummiza cafe merupakan sebuah restorant yang menawarkan perkhidmatan menu masakan Melayu dan oriental. Ummiza cafe telah diusahakan oleh usahawan muda iaitu Puan Nor, dan diusahkan bersama Puan Ain dan Nadia. Masih muda lagi diorang dan sangat memberi inspirasi kepada Mrsyanie dengan kejayaan diorang. Tahniah Ummiza Cafe!
Tengok sahaja gambar menu yang disajikan pun dah buat Mrsyanie terliur semula. Paling best menu masakan Ikan Keli berlada dan Gulai Siput Sedut feveret Mrlaling pun ada. Fuh semua sajian sangat sedap dan paling suka Ayam masak merah Ummiza cafe.
Lauk pauk pula berdasarkan menu setiap hari. Antara menu yang disajikan adalah:
Ayam masak merah
Ayam kicap berlada
Ayam masak lemak cili api
Ikan kembung berlada
Ikan keli berlada
Asam pedas ikan
Udang sambal
Sup cendawan
Gulai ayam kg campur kentang
Gulai rebung
Gulai pucuk ubi
Kari daging cmpur kentang
Gulai siput sedut
Ayam goreng
Ayam masak merah
Ayam kicap pedas
Keli belada
Kembung blada
Sup cdawan
Ulam-ulaman
Sambal udang petai
Sambal bilis
Dan kuih muih
|
Terima kasih Mummy Nina (coratcoretnina) gambar Gulai siput sedup yang sangat cantik.
|
|
Terima kasih Mummy Lynda gambar yang sangat cantik. |
Lokasi kedai yang sangat selesa dan paling penting kebersihan restorant terjaga dan bersih. Di Ummiza cafe juga menyediakan kemudahan seperti surau, tandas, dan tempat letak kereta yang mudah. Mudah untuk korang yang datang makan tengahari disini, terutama yang bergegas untuk ke pejabat time makan tengahari.
Ummiza cafe beroperasi untuk menyediakan sarapan pagi (Breakfirst) dan tengahari (Lunch).
Perkhidmatan Katering
Ummiza cafe juga menyediakan tempahan Katering tetapi, diambil hanya untuk 300 orang kebawah contohnya majlis makan keluarga, pejabat, hari lahir dan majlis ulangtahun. Harga pula berdasarkan harga dipasaran Dan kuantiti lauk yg ditempah (no delivery). Sangat disyorkan untuk korang datang merasakan masakan Melayu & oriental disini.
Ummiza Cafe Masakan Melayu
Untuk tempahan boleh hubungi :
Puan nor - 0196682069
Lokasi:
No 229, Batu 29 Kampung Jenderam Hulu Sepang
Waktu operasi : 7 pagi-3 petang
(setiap hari kecuali ahad)
Till Next Entry ye!!!
Labels: FOOD, KELAB BLOGGER BEN ASHAARI, REVIEW