Jom Klik

FEED EFG

Water Challenge

Assalammualaikum w.b.t


Water Challenge | Bermula hari ini Mrsyanie nak ajak korang semua sahut cabaran Water Challenge !! Idea datang dari instagram Farah Fauzana yang mana Fafau telah muatnaik gambar Water Challenge  nya. Mrsyanie pun nak bersama sihat dan kekalkan air dalam badan mengikut kuantiti yang diperlukan. 



Water Challenge 


Dalam badan kita memerlukan air yang secukupnya untuk kekalkan kesihatan dalam diri. Tapi ingat jangan berlebihan air, kenalpasti keperluan kuantiti air dalam badan korang. Yeah Mrsyanie dah siapkan botol bagi setiap jam memerulkan air dalam badan kerana Mrsyanie lebih terdedah dengan keadaan yang berhawa dingin  (aircond). Terima kasih kepada kawan Mrsyanie Farina kerana tolong Mrsyanie dalam pengiraan kuantiti air yang diperlukan mengikut berat badan.


Oleh itu, berapa jumlah air yang optimum untuk kesihatan yang baik?

Ianya bergantung  kepada situasi masing-masing termasuk diet harian, amalan bersenam dan juga persekitaran. Apa yang korang benar-benar perlukan adalah cecair yang cukup untuk menggantikan apa yang  korang hilang setiap hari samada dalam bentuk peluh, urine, pernafasan, dan proses tubuh yang lain. Itu semua memerlukan 8 – 10 gelas setiap hari.

Jika korang banyak makan makanan yang mempunyai air seperti buah-buahan, sayur-sayuran, atau serat yang penuh terdapat hampir 4 cawan cecair, maka korang hanya memerlukan tambahan 4 hingga 6 gelas air sahaja. Ianya bergantung kepada makanan yang dimakan dan diet yang dijalankan. 


Dan jika korang tidak banyak mengambil garam atau rempah ratus di dalam masakan korang, keperluan untuk minum air adalah lebih rendah. Sebaliknya, jika menambah pengambilan garam dan rempah ratus dalam makanan, korang perlu menambah minum beberapa gelas air dalam sehari.

Begitu juga dengan keadaan badan seseorang, jika korang kerap / selalu berpeluh samada secara bersenam mahupun cuaca yang panas (terik matahari). Korang memerlukan air yang lebih kuantiti berbanding dengan yang kurang berpeluh. Dalam sehari mungkin  korang memerlukan 8 hingga 10 gelas air tetapi jika berasa dahaga korang memerlukan penambahan kuantiti air dalam badan. (info: http://kevinzahri.com/health-fitness/kesan-minum-air-berlebihan/)



Antara kelebihan minum air kosong mengikut kuantiti badan:
  • Cergas
  • Melembapkan kulit
  • Mengurangkan pening kepala
  • Mengurangkan senggugut (bagi wanita)
  • Lawas yang baik


Bagaimana ingin tahu keperluan air dalam badan? Cara yang mudah untuk mengetahui korang kekurangan air untuk badan :
  1. Bila berasa kehausan
  2. Mulut / bibir berasa kering
  3. Warna Urine - jika urine berwarna kuning bermakna korang memerlukan lebih air, jika jernih bermakna badan korang terhidrat dengan baik.



Till Next Entry ye!!!
Salam Sayang

7 comments:

  1. Selalu gagal.. Paling banyak pun 1 liter jer.. huhuhu..
    Sebab x larat nak ke toilet jer..

    ReplyDelete
  2. kak, macam mana pengiraan kuantiti air yang diperlukan mengikut berat badan tu?

    ReplyDelete
  3. good sangat yanie.. memang badan kita sgt perlukan air.. buat pengiraan macam ni.
    25kg berat = 1 liter air

    ReplyDelete
  4. Best juga ni. Boleh cuba
    Kadang2 tak ambil kisah sangat dengan keperluan air oleh badan.
    Sibuk buat itu ini, tak sedar kurang pengambilan air.

    ReplyDelete
  5. macam nk buat jgkbotol mcm tu.. so kofem diri ini lebih disiplin nk minum air..hehe

    ReplyDelete
  6. botol tu bape ml la agaknya ye..hihihi...Sally ni kena habiskan 4 liter sehari :P

    ReplyDelete

FANPAGE

back off