Cerita Kambing Menjadi Sebutan Ramai!

Assalammualaikum w.b.t

Cerita Kambing Menjadi Sebutan | Cerita apakah ? Kambing. Cerita apa pulak kan. Sebenarnya Mrsyanie nak kongsikan dengan korang tempat makan yang sedap berunsurkan daging kambing. Payah nak cari masakan daging kambing sekarang? Tak perlu risau dah, penggemar daging kambing boleh makan hari-hari dah kecuali kedai tutup jelah ye. Nama Cafe nya adalah Cafe Cerita Kambing, bukan nak bercerita tentang kambing tau. hihi

Cafe Cerita Kambing


Cafe Cerita Kambing yang terletak di dalam Anggerik Mall, Shah Alam. Nama cafe pun dah menarik apatah lagi dengan menu yang disediakan. Cafe Cerita Kambing antara cafe yang menawarkan masakan daging kambing dengan pelbagai jenis cara masakan. Sebenarnya daging kambing adalah daging yang sangat bagus dan kurang kolestrol. Mrlaling adalah penggemar daging kambing. Licin Mrlaling makan tau daging kambing yang disediaka n oleh pihak Cafe Cerita Kambing. Sedap katanya!! Terbaik lah.


Cafe Cerita Kambing telah diusahakan oleh Chef Zakaria dimana chef telah berkecimpung dalam dunia masakan seawal tahun 90an di hotel-hotel. Sebelum ini Chef Zakaria telah memfokuskan kepada perniagaan katering tetapi setelah mendapat sambutan hangat dari pelanggan dan permintaan pelanggan, Cafe Cerita Kambing ditubuhkan dan beroperasi di Anngerik Mall, Shah Alam. Sekarang tak perlu tunggu kenduri kawin atau kedai mamak untuk makan masakan kambing, korang boleh datang terus rasakan masakan berunsurkan kambing dari Chef Zakaria. Antara menu yang ada di Cafe Cerita Kambing adalah Nasi Beriani, Kambing Bakar, Kambing Masala, Kambing salai dengan air asam dan sebagainya.

Kambing Masala

Kambing Bakar
Sumber gambar: BenAshaari

Ayam Masak Merah

Acar Mentah



Nasi Beriani dengan Kambing Masala + Ayam Masak Merah

Cafe Cerita Kambing bukan sahaja menjual masakan kambing tetapi ada pelbagai lagi juadah menarik seperti ayam masak merah, Mee Jawa, Laksa Johor, dan pelbagai jenis juadah kuih muih. Dan paling lajen adalah ubi rebus yang dimakan dengan sambal ikan bilis atau kelapa digaul dengan gula dan garam. Mana pilihan korang? Mrsyanie semestinya kelapa menjadi pilihan mencicah ubi rebus. Cewah memang sedap!!

Ubi rebus dan pencicah

Ramuan Mee Jawa dan Laksa Johor


Kuih Koci Labu

Pengat Pisang

Harga berbaloi dengan kesedapan masakan dari Cafe Cerita Kambing. Rm 12.00 untuk Nasi Beriani Kambing Masala. Cafe Cerita Kambing juga menyediakan perkhidmatan katering untuk majlis perkahwinan, atau pelbagai lagi majlis. Sajian menu pelanggan boleh menbuat pilihan sendiri. 

Untuk tempahan atau sebarang pertanyaan:

Chef Zakaria atau Puan Noraziah: 

No Tel: 011 - 3176 0227,
             019 - 2816 308 

No Whatsapp: 019 - 3531 320

Facebook: Nor Aziah Dahari
Facebook: Endau Beriyani Caterers



Maklumat tambahan:
Bagi yang berada disekitar Shah Alam atau luar yang memang kaki makan, korang boleh datang ke Anngerik Mall, Shah Alam sempena Pesta Makanan Anggerik Mall 2015 dengan slogan Jom Makan!! pada 27 - 29 November 2015.



Till Next Entry ye!!!
Salam Sayang

Labels: ,