Jom Klik

FEED EFG

Cowboy Town Dikala Malam Hari

Assalammualaikum w.b.t


Cowboy Town Dikala Malam Hari | Tak sah kalu datang A'famosa Resort tak pergi ke Old West Theme Park atau dikenali sebgai Cowboy Town. Hanya di A'famosa Resort boleh merasai suasana cowboy di waktu malam tau. Masih lagi dalam kawasan A'famosa Resort. Siapa yang menginap di A'famosa Resort rugi lah kalau tak datang ke Cowboy Town. yeahh!!

Sumber gambar: Blogger illawritter (Sha)

Old West A'famosa Resort

Dah penat siang bermandi manda, perut pun lapar sangat. Kami dibawa untuk dinner di Old West. Tak sabar tau dari mula sebelum sampai ke Melaka lagi, excited sangat nak merasai suasana cowboy waktu malam. Sebelum kita terjah cowboy town, Mrsyanie nak perkenalkan restaurant yang juga terletak di Old West dengan menu barat untuk makan malam.  Nama restaurantnya adalah The Ranch Steak house. Yang menarik mengenai restaurant ini, setiap menu special adalah mengikut tema perayaan yang berlangsung. Sewaktu Mrsyanie pergi adalah musim perayaan Deepavali. Maka menu yang disediakan juga berunsurkan ala-ala Indian sedikit. Memang sedap dan puas hati makan.

The Ranch Steak house, afamosa resort, cowboy town

The Ranch Steak house, afamosa resort, cowboy town, old west

The Ranch Steak house, afamosa resort, cowboy town, old west, food



Di Old West buka sahaja ada restaurant masakan barat terdapat juga restaurant masakan Cina iaitu Huang Di Restaurant dan Kopitiam. Yang pasti semuanya HALAL dan dijaga kebersihan restaurantnya. Jom kita enjoy pulak selepas perut kenyang, tenaga kembali semual. hihi

Cowboy Town


The Ranch Steak house, afamosa resort, cowboy town, old west


Di Old West ada juga menyediakan pelbagai jenis hiburan yang menarik, antaranya
  • Children Theme Park
  • Fun Fair
  • Massage Centre
  • Target Shooting
  • 4D Theater
  • Pony , Horse, Elephant Ride
  • Tuk Tuk. Antique Car, 
  • Cho Cho Train thru Dark Tunnel

Bukan sahaja ada permainan, malah ada Red Indian Show yang merupakan tarikan utama di Old West sewaktu malam bermula jam 8.30 malam setiap hari. Persembahan lain juga disediakan, seperti:
  • Cultural Show 7.30 malam
  • Carnival 9.15 malam
  • Firework 9.45 malam 



Sumber gambar http://www.afamosa.com/
Sumber gambar http://www.afamosa.com/
Sumber gambar: Blogger illawritter (Sha)

Walaupun penat tapi memang berbaloi sangat dapat merasai suasana cowboy dan paling menarik persembahan yang disediakan. Akhir malam dipersembahkan pula firework yang sangat cantik. Memang malam yang indah buat Msryanie, hilang rasa stress tau.


Afamosa Resort Melaka 

Alamat: Jalan Kemus, Simpang Empat, 78000 Alor Gajah, Melaka, Malaysia.
                (waze: Afamosa Resort Melaka)

Tel             : 06- 552 0888

Email         : rsvn.klso@afamosa.com 

Website     : http://www.afamosa.com/
Instagram  : Afamosaresort



Hari ke 2 pulak kemana kita ye? Nantikan tau.. 



Till Next Entry ye!!!
Salam Sayang

8 comments:

  1. dulu pi melaka tak sempat masuk sini rasa sebab dia buka malam. best juga ya

    ReplyDelete
  2. insyaallah nak gi gak bawa anak-anak

    ReplyDelete
  3. The pictureesssssss oh mai god sangat best tempat ni eh where the hell is my noktah? hahahah

    ReplyDelete
  4. selalu uncle lalu je, tak prnah singgah. macam nak kena try je lepasni :D

    ReplyDelete
  5. Jemput join http://impianacikyaanie.blogspot.my/2015/11/giveaway-december15-by-icy-dan-para.html

    ReplyDelete
  6. mau gi la, yanie....
    dari dulu nak gi.
    tapi lepas baca ni lebih semangat nak gi :)

    ReplyDelete

FANPAGE

back off