Barang Antik Dimana Valuenya?

Assalammualaikum w.b.t


Barang Antik Dimana Valuenya? |  Mengumpul barang antik menjadi salah satu hobi buat penggemar barang antik. Mana sahaja ada barang antik pasti menjadi tumpuan. Sekarang nak dapat barang antik atau barang yang lama dan unik agak sukar tetapi di Anngerik Mall Shah Alam setiap hari ahad akan diadakan Garage Sale yang menawarkan penjualan barangan antik. 

Garage sale Anggerik Mall


Selalunya jika dengar sahaja Pasar Karat atau garage sale, kebanyakkan menjual barangan terpakai yang agak moden. Tetapi di Garage sale Anggerik Mall, Mrsyanie terjumpa peniaga yang menjual barangan antik. Ini betul-betul antik hihi. Dimana value barangan antik? Barangan antik yang sukar dijumpai dan tahun memainkan peranan value bagi sesebuah barangan. Bagi penggemar barang antik, harga tidak menjadi satu masalah kerana sesuatu barang antik itu mempunyai value yang sangat tinggi. Tetapi di Garage Sale Anggerik Mall, barangan antik yang dijual tidak terlalu mahal.




Antara barangan  antik yang terdapat di Garage Sale Anggerik Mall Shah Alam. Dan barangan antik yang paling menarik perhatian Mrsyanie adalah duit syiling lama dan radio lama. Radio piring hitam yang berfungsi dengan baik dan merupakan keluaran tahun 60an. Harga yang dijual tidak terlalu mahal tetapi sangat berbaloi dengan value barangan antik tersebut. 

video




Inilah Encik Mat Daud  salah seorang peniaga barang antik
Hubungi: 017-6578151
Ini adalah dulang yang digunakan ketika zaman perlombongan bijih timah.



Bersama Puan Liza yang bertanggungjawab dalam melaksankana Garage Sale Anggerik Mall, Shah Alam. Kalau korang nak tahu Puan Liza juga merupakan peniaga barangan antik dan mempunyai kedai di Anggerik Mall iaitu Kedai Ipoh Loken. Memang sangat menarik setiap barangan yang dijual disini dan ada pelbagai lagi barangan menarik terdapat di Garage Sale Anggerik Mall.


Untuk keterangan lanjut mengenai Garage Sale Anggerik Mall:

Puan Liza: 017-2422693

Garage Sale
Setiap hari Ahad
Waktu: 10 pagi- 5 petang
Lokasi: Anggerik Mall Shah Alam.

Till Next Entry ye!!!
Salam Sayang

Labels: ,