Bekam Kaedah Perubahan Islam

Assalammualaikum w.b.t

Bekam Kaedah Perubahan Islam | Pertama kali Mrsyanie buat bekam darah tau. Tak sakit rupanya buat bekam darah. Lega sedikit badan bila dapat mengeluarkan darah kotor dengan berbekam. Ada yang pernah buat bekam tak? Apa pengalaman korang?


Apa Itu Bekam?


Bekam adalah cara pengubatan yang disukai dan digalakkan oleh Rasulullah SAW untuk ummat Islam. Tujuan bekam adalah untuk mengeluarkan darah yang mengandungi toksid (racun/kotor) yang merbahaya dari badan melalui permukaan kulit. Secara saintifik nya ia adalah satu cara 'detoksifikasi' yang sesuai dan selamat untuk mengubatai seseorang.

Pertama kali Mrsyanie buat bekam darah ni. Takut pun ada sebab ianya melibatkan jarum dan pengeluaran darah dari badan. Tapi rupanya tak sakit pun ianya seperti gigit semut sedikit sahaja. Dah lama sebenarnya Mrsyanie nak buat bekam tapi tangguh jew. Mrsyanie buat bekam di Pusat Terapi Kecantikan dan Kesihatan Bioherba Dr. Azimuth. Kalau korang nak buat bekam pastika korang buat temujanji perlu dibuat dahulu kerana tidak perlu kita menunggu sehingga ada pelanggan yang serentak datang. 


Bekam Kaedah Perubahan Islam


Bekam terdapat 2 jenis bekam utama iaitu bekam darah dan bekam angin. Mrsyanie kongsikan sedikit info tentang kebaikan dan penyakit yang boleh diubati dengan bekam. 

Kebaikan Berbekam

Antara penyakit yang boleh diubati dengan Bekam :
Untuk info lanjut: http://rawatanislambaitussyifa.blogspot.my/2013/10/apa-itu-bekam.html







Harga yang diteatapkan adalah 1 cup RM5.00 sahaja. Permulaan bekam bagi yang pertama kali bekam, digalakkan hanya 5 cup. Bekam di kepala juga antara titik sunnah yang digalakkan melakukan sekali seumur hidup. Mrsyanie akhirnya buat jugak bekam di kepala. Bagi wanita yang sudah berumahtangga perlu minta izin suami dahulu kepada kawasan yang hendak di bekam di kepala akan dicukur. Bagi yang bujang pun boleh buat bekam kepala. Sekurang-kurangnya sekali (1) seumur hidup tau. Alhamdulillah lega sedikit badan dan ringan kepala. Bekam digalakkan lakukan 3 bulan atau 6 bulan sekali, jika ada masalah penyakit lakukan bekam mengikut yang dinasihatkan oleh pakar bekam.



Pusat Terapi Kecantikan dan Kesihatan 
Bioherba Dr. Azimuth (Tanjung Malim, Perak)

Lokasi: No 11 Jalan Permai 1, Taman Ketoyong Permai,
35900 Tanjung Malim ( Hadapan Petronas Tg. malim )

No tel: 05-4583467

Facebook: Bioherba Dr. Azimuth (Tanjung Malim, Perak) 




Till Next Entry ye!!!
Salam Sayang

Labels: