Jom Klik

FEED EFG

Cendol Bakar Kini Di Melaka

Assalammualaikum w.b.t


Cendol Bakar Kini Di Melaka |  Mesti ada yang pernah dengar mengenai Cendol yang femes iaitu Cendol Bakar. Mulanya Mrsyanie ingat cendol tu dibakar, cam mana lah caranya kan. Rupanya Cendol Bakar diberi nama kerana pemiliknya bernama Bakar.

Cendol Bakar Kini Di Melaka



Cendol Bakar asalnya dijalankan di Kuala Selangor tetapi kini telah lebarkan sayapnya sehingga ke Simpang Ampat, Melaka. Cendol Bakar juga dikenali sebagai cendol drive thru. Kemudahan yang disediakan untuk pelanggan yang ingin cepat dan mudah. Membangun dah sekarang cendol pun boleh drive thru tau. Bagi Mrsyanie memang satu keunikkan dan melambangkan pembangunan perniagaan yang terbaik. Siapa sangka nak beli cendol pun boleh drive thru, dulu kalau nak cendol kena berhenti parking baru boleh buat pembelian.

Kaunter Drive Thru


Cendol Bakar Kini Di Simpang Ampat, Melaka

Selain korang drive thru, pastinya boleh makan disini terus. Cendolnya memang sangat sedap dan 'kaw' lemaknya. Cendol terbaik terutamanya Cendol Durian. Memang sedap!! Terliur balik tengok gambar cendol ni. Korang memang kena mencuba sendiri Cendol Bakar.

Cendol Durian
Cendol VVIP



Selain dari Cendol  korang juga rasa minuman yang menjadi pilihan jika ke Melaka iaitu Coconut Shake. Memang Mrsyanie dah target untuk cari Coconut Shake, jadi tak perlu lah mencari lagi kerana di Cendol Bakar Melaka terdapat Coconut Shake yang memang sedap. Mrsyanie tapau untuk perjalanan pulang ke Tanjung Malim.


Coconut Shake




Terdapat juga beberapa makanan lain yang dijual disini. Mrlaling belikan Goreng Pisang Cheese dan Sata makanan orang Terengganu. Sata memang sedap tetapi Goreng Pisang Cheese sahaja agak kurang bagi tekak Mrsyanie. Jadi kepada korang yang nak jalan ke Melaka, jangan lupa singgah merasai Cendol Bakar dan Coconut shake disini tau. Mudah sahaja hanya waze Cendol Bakar Simpang Ampat Melaka. Tak jauh dari A'Famosa Resort Melaka.


Till Next Entry ye!!!
Salam Sayang

3 comments:

  1. terliur la tengok..first bila baca tajuk entry ini pon sy fikir benda yang sama.ingatkan cendol dibakar ke apa tapi rupanya nama owner..Boleh drive thru pulak tuh.memang menjimatkan masa kita kan.

    ReplyDelete
  2. Sedapnya yanie...julia suka makan cendol bakar, tengok pun tau memang sedap

    ReplyDelete

FANPAGE

back off