Jom Klik

FEED EFG

Drama Mak Cun Ke Layar Teater

Assalammualaikum w.b.t


Drama Mak Cun Ke Layar Teater | Masih ingat tak Mrsyanie punya entry mengenai Bedak Sejuk vs Bedak Cina? Ce klik baca dulu hihi. Kali ini Mrsyanie berpeluang untuk menonton teater muzikal Mak Cun yang telah dibawa oleh Pengarah hebat Erma Fatima mendekati peminat drama bersiri Mak Cun.


Teater Muzikal Mak Cun




Dari drama bersiri ke teater muzikal pula membawa kelainan kepada cerita Mak Cun. Ianya menjadi fenomena yang hangat sewaktu drama bersiri ditayangkan dan menjadi tarikan bukan sahaja penonton dewasa malah menajdi tarikan penonton kanak-kanak. Drama Mak Cun juga telah menaik taraf bedak sejuk yang suatu ketika dulu menjadi pilihan ramai kaum wanita untuk kekal kecantikkan secara semulajadi.

Menarik ke dari drama ke Teater Muzikal Mak Cun? 

video


video


Antara para pelakon Teater Muzikal Mak Cun ialah Erma Fatima, Nora Danish, Balkish Semundur Khan, Dato Rahim Razali, Ungku Ismail dan Dafi. Dan menampilan khas iaitu Ogy Ahmad Daud.

Baru sket je Mrsyanie kasi tengok ni, nak lebih korang kena datang menonton Teater Muzikal Mak Cun di Istana Budaya. Best kan. Gelak je dari mula tontonan teater hingga ke akhirnya. Sangat tak rugi menonton Teater Muzikal Mak Cun kerana ianya berlainan dari drama, dan Teater Muzikal Mak Cun sangat sesuai untk tontonan umum. Keunikkan Teater Muzikal Mak Cun ini bukan cerita kosong tetapi, ianya penuh dengan nasihat dan tauladan. 

Teater Muzikal, Mak Cun


Ianya berlangsung bermula 14 November 2015 sehingga 22 November 2015, jam 3 petang atau 8 malam (mengikut tarikh).

Tiket-tiket berharga tiket-tiket berharga RM36, RM76, RM86, RM106, RM156 atau RM256 (Entitled for Meet & Greet). Boleh dapatkan tiket-tiket di kaunter Istana Budaya atau secara online http://redtix.airasia.com/ .


Antara rakan blogger dan artis yang hadir menonton Teater Muzikal Mak Cun :




Till Next Entry ye!!!
Salam Sayang

11 comments:

  1. wahhh bestnyaa teater mok cun hehehe

    ReplyDelete
  2. mesti best ni..kolaborasi dengan kak ogy mok cun ye..

    ReplyDelete
  3. Bestnyaaaaa yaniieeeeee... nasib ade hal ari tu xdpt join kalau takkkk huhu

    ReplyDelete
  4. ini baru betul pengarah.
    dari drama ke teater.
    pelakon plak tiptop dan origin.
    drama pn dh best.

    ReplyDelete
  5. kite nak gi.... tnggu duit . kalau dut masuk, terus pegi kl. hahaha. best tengok video yg upload dekat ig.

    ReplyDelete
  6. Wow... Bestnya la hai. Rindu nak tengok Teater.. hehe...

    ReplyDelete

FANPAGE

back off