Jom Klik

FEED EFG

Fatah Steak House

Assalammualaikum w.b.t

Fatah Steak House  | Taman Bahtera Western Food |  Antara kedai steak Melayu yang ada di Hulu Bernam, sempadan dengan Tanjung Malim. Minggu yang lepas Mrsyanie terjah satu kedai steak yang dibuka di Taman Bahtera. Yang menariknya pelayan lelaki disini akan memakai topi cowboy dan setiap yang datang makan disini akan disediakan air kosong selepas order diambil. Terasa makan di hotel pulak layanannya.

Fatah Steak House, Taman Bahtera

Fatah Steak House yang tertelak di Taman Bahtera, Hulu Bernam sempadan dengan Tanjung Malim. Tak jauh pun. Kawan Mrsyanie (terima kasih As) yang syorkan untuk Mrsyanie datang merasai sendiri masakan barat di Fatah Steak House. Tapi mula sampai je Mrsyanie terpegun dengan deko yang menarik dan gaya pemakaian topi oleh pelayan lelaki disini. Menarik sebab ala cowboy gitu.






Masuk sahaja Fatah Steak House, pelayan akan sambut dengan ucapan selamat datang dan terus sediakan menu. Balik pun sama, ucapan terima kasih dari pelayan. Mrsyanie agak teruja jugak layan yang diberikan. Lepas order kami diberikan air sejuk kosong sementara menunggu air dan makanan yang di order. Layanan memang terbaik!!


Tak lama menunggu sebab petang tu belum ramai lagi yang datang. Apa yang Mrsyanie riki, malam akan ramai yang datang untuk makan makanan barat disini. Jangan risau tak lama tunggu hidangan kerana yang masak sangat cekap dan pantas. Mrsyanie order Chicken Chop Sizzling Bombay dan Mrlaling pula King Chicken Chop. Sedap ke tak sedap? Sampai je makanan teruja sebab yang Mrlaling punya banyak Chicken Chop nya. Nama pun King kan. Rasa pulak cam ne?

King Chicken Chop

Chicken Chop Sizzling Bombay

Bagi Mrsyanie masakan baratnya memang sedap dan puas hati. Tak cukup kuah boleh mintak, jangan risau sebab tiada cas (tu yang Mrsyanie suka) hihi. Tambahan pula kalu order yang King Chicken Chop sebab banyak dan murah!!! Serius murah jew harga RM9.90 sahaja. Untuk Chicken Chop Sizzling Bombay berharga RM10.90. Murah kan. 

Disini hanya menyediakan makanan barat sahaja tetapi ada 2 sahaja jenis menu nasi iaitu Nasi Goreng Falastien dan nasi Goreng Falastien Special. Yang lain hanya makanan barat tanpa nasi. Siapa yang berdekatan dan datang ke Hulu Bernam atau Tanjung Malim, jangan lupa singgah tau. 


Fatah Steak House, Hulu Bernam


Lokasi: No. 25, Jalan Bahtera 1B, Taman Bahtera, 35900 Hulu Bernam, Selangor (Belakang 7-eleven Taman Bahtera belah hujung)

Waktu operasi: 3.00 petang 3.00 pagi 

No Tel: 019 377 9893 (Yazid)
             012 254 9685 (Mad)



Till Next Entry ye!!!
Salam Sayang

7 comments:

  1. wah..best ni..selain rasa makanan itu sedap..layanan pun sangat penting...lagi lagi yang baru pertama kali singgah di kedai atau restauran tersebut..

    ReplyDelete
  2. hujan2 gigi kne king chiken chop memang padu nie..hehe,,

    ReplyDelete
  3. Hi There sis, Aynal here. i tag you in one of my post!
    http://letaknamaterlalumainstream.blogspot.my/2015/11/no-this-is-my-secret-its-tag.html

    No compulsion if you do not want to do it ya. Tiada paksaan :) This is just for fun!

    ReplyDelete

FANPAGE

back off