Mencari Ketenangan di Afamosa Resort Melaka

Assalammualaikum w.b.t


Mencari Ketenangan di Afamosa Resort Melaka | Cuti sekolah dah nak dekat ni, ke mana nak bawa keluarga bercuti? Korang tak yah pikir banyak sebab Mrsyanie dah merasainya dan lengkap dalam satu kawasan untuk pelbagai aktiviti bersama keluarga. Dekat mana? Tak jauh pun kita ke Selatan  jew iaitu Afamosa Rseort Melaka.

Afamosa Resort Melaka 


Sempena cuti Deepavali yang lepas, berkesempatan Mrsyanie bercuti mencari ketenangan bersama Mrlaling dan rakan blogger yang lain. Ini lah masanya untuk Mrsyanie menjadi kanak-kanak semula yeahhh!! Tidak lupa terima kasih kepada pihak Afamosa Resort Melaka  dan wakil iaitu En. Arif kerana sudi jemput dan menaja Mrsyanie dan blogger.

Kalau korang nak tahu di Afamosa Resort Melaka lengkap dengan pelbagai jenis penginapan yang sesuai untuk keluarga yang kecil dan besar tau. Ada beberapa jenis penginapan antaranya:




Sampai je depan Afamosa Resort Melaka, Mrsyanie suruh Mrlaling berhentikan kereta di tepi kejap. Kenapa? Keunikkan deko depan Afamosa Resort Melaka  dah melambangkan keseronokan bakal Mrsyanie rasai sepanjang percutian pendek Mrsyanie di Afamosa Resort Melaka.




Mencari Ketenangan di Afamosa Resort Melaka 

Trip kali ini bersama blogger KisahEmasPutih (Uzu), Nynanieyna, Faizalfredley dan blogger illazwritter (Shaila). Sangat enjoy dan happening. Mrsyanie menginap di apartment D'Savoy 2 bilik. Apartment di Afamosa Resort Melaka sangat selesa dan luas yang sesuai untuk 2 keluarga kecil (4 orang). Suasana disini memang sangat tenang dan nyaman sebab dikelilingi dengan tumbuhan-tumbuhan hijau yang segar. Memang sesuai untuk lari dari kota dan kesesakan minda dengan kerja. Selain itu, Afamosa Resort sesuai untuk pelbagai jenis majlis seperti perkahwinan, honyemoon, mesyuarat/seminar atau team building, 




Pelbagai kemudahan yang disediakan di sekitar penginapan, antaranya taman permainan, gelangan badminton/tenis, coffee house, kolam renang piano gergasi dan sebagainya. Tak sempat terjun kolam piano gergasi ni je, nak kena datang Afamosa Resort semula.hihi


Cam mana bilik? memang puas hati tau, dengan keluasan yang sangat selesa. Siap ada kemudahan iron, ruang tamu dengan TV dan sofa yang sangat selesa, ruang dapur kering, peti sejuk dan pelbagai kelengkapan dalam apartment ni. Tengok sendiri ler gambar kat bawah tu hihihi.. Puas hati sangat!!


  




Berminat untuk sebarang tempahan :

Afamosa Resort Melaka 

Alamat: Jalan Kemus, Simpang Empat, 78000 Alor Gajah, Melaka, Malaysia.
                (waze: Afamosa Resort Melaka)

Tel: 06- 552 0888

Email : rsvn.klso@afamosa.com 

Website: http://www.afamosa.com/
Instagram: Afamosaresort


Maklumat tambahan:

Bagi yang ingin datang ke Afamosa Resort Melaka dengan menaiki kemudahan awam jangan risau kerana disediakan perkhidmatan bas terus ke Afamosa Resort Melaka.


Entry Theme Park!!

Till Next Entry ye!!!
Salam Sayang

Labels: , , , , ,