Safari Wonderland A'Famosa Resort

Assalammualaikum w.b.t


Day 2: A'Famosa Resort | Safari Wonderland | Percutian kali ini hanya 2 hari 1 malam tetapi penuh dan padat dengan pelbagai aktiviti menarik. Untung sangat dalam 2 hari Mrsyanie dapat jalankan pelbagai aktiviti. Hari pertama dapat bermandi manda di Water Thema Park, malam pula bercowboy di Old West Theme Park dan hari ke dua, Mrsyanie akan dibawa menerokai hidupan Fauna di Safari Wonderland A'famosa Resort.


D'Garden Restauran- Dream House - Western breakfast

Sebelum kita jalan-jalan di Safari Wonderland, kena lah sarapan dulu kan. Kali ini sarapan Mrsyanie ala barat dengan lokasi yang sangat cantik dengan keindahan alam. Deko nya pun sangat cantik.  Tengok gambar, ada teruja tak? hihi Cantik kan, boleh buat photoshoot wedding tau kat sini. hihi Sarapan di Dream House bermula jam 7.00 pagi sehingga 10.00 pagi sahaja. Sebaiknya buat tempahan dulu ye korang.

Yeeaahh Travelling Beruang pun dah sarapan kat sini tau.. Korang bila lagi hihi
Nyum nyum super sedap!!

Safari Wonderland A'Famosa Resort

Perut dah kenyang jom kita terjah Safari Wonderland. Disini mempunyai berbagai spesis hidupan fauna yang liar dan jinak. Korang boleh bawa anak-anak terokai kehidupan haiwan yang ada disini. Siap boleh pegang, bagi makan dan boleh pelajari lebih tentang haiwan yang ada. 



Tidak ketinggalan Safari Wonderland juga menyediakan pertunjukan persembahan yang menarik dari haiwan-haiwan yang telah dijinakkan. Setiap pertunjukan ada waktu yang telah ditetapkan. Jadi korang boleh rancang setiap pergerak ketika berada di Safari Wonderland.

1 ) ELEPHANT ENCOUNTERS (10.15am & 4.30pm)



2) MULTI ANIMAL & FUNTIME (11.20AM & 3.00PM)

3) COLOUR OF THE BIRD (12.00am & 3.45pm) 

4) WILD WILD WEST SHOW (2.15pm)




Walk Thru Area - Safari Wonderland










Di Safari Wonderland juga menyediakan perkhidmatan untuk korang merasai naik Gajah tau. Teringat pulak pengalaman di Thailand naik Gajah, jadi sekarang tak perlu lah lagi pergi jauh-jauh nak naik Gajah. Kat Safari Wonderland pun ada dah. 

Penat bermian dengan haiwan di Safari Wonderland, jom kita makan tengahari dulu. Disini terdapat 3 tempat makan iaitu Local Food Court, Lake view restaurant dan Bamboo Steak House. Mrsyanie makan di Bamboo Steak House, menu yang Mrsyanie order adalah burger Ayam yang special dan Mrlaling pula Lamb Chop (peminat tegar daging kambing ni) hihi.. Memang sedap!



Safari Ride

Safari Ride ini merupakan tarikan utama bagi setiap pengunjung yang datang. Pengunjung boleh menaiki trak yang disediakan untuk melihat terus haiwan-haiwan yang berada bebas dalam kawasan yang telah ditetapkan. Pelbagai jenis spesis haiwan yang korang boleh lihat sendiri dengan dekat seperti Harimau, Gajah, Rusa, lain-lain dan yang terbaru adalah Singa Putih (White Lion).




Antara tarikan utama di Safari Ride adalah dengan kehadiran Singa Putih dari Africa. Sangat comel dan rasa nak main-main cam kucing jew. Tapi takut lak kene gigit kan, cukuplah sekadar tengok dengan dipisahkan pagar je hihi. Terima kasih Afamosa kerana beri satu pengalaman yang sangat bermakna tau. Dapat tengok Singa Putih depan mata sendiri. Teruja sangat! Pertama kali tengok dengan kedudukan paling dekat.

Aikk usha semacam jew Singa Putih ni ihihi


Sebelum pulang jangan lupa dapatkan cenderahati di Safari Souvenirs Shop tau. Mrsyanie akan beli 'fridge magnet' untuk kenang-kenangan. Kasi penuh pintu peti sejuk dan menjadi simbolik lokasi yang Mrsyanie pernah datang dan cenderahati dari rakan-rakan.
Rujukan harga & pakej


Afamosa Resort Melaka 

Alamat: Jalan Kemus, Simpang Empat, 78000 Alor Gajah, Melaka, Malaysia.
                (waze: Afamosa Resort Melaka)

Tel             : 06- 552 0888

Email         : rsvn.klso@afamosa.com 

Website     : http://www.afamosa.com/

Instagram  : Afamosaresort



Maklumat Tambahan: Sempena cuti sekolah yang bakal tiba, Pihak A'famosa Resort akan mengadakan satu acara yang diberi nama ''Windmill Picnic'' pada 28 November 2015 (sabtu). Acara ''Windmill Picnic'' adalah acara beridah diwaktu petang sambil menikmati keindahan dan tidak ketinggalan dengan pelbagai aktiviti yang telah diaturkan oleh pihak A'famosa Resort. Bayaran hanya RM30 untuk satu set basket picnic. 


Till Next Entry ye!!!
Salam Sayang

Labels: , , , ,