Assalammualaikum w.b.t
Tambang Komuter Naik Pulak | Udah kali ini tambang komuter pulak naik. Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTM) telah mengumumkan kenaikkan harga tambang komuter di kawasan Lembah Klang. Ianya melibatkan perjalanan Tanjung Malim-Sungai Gadut, Negeri Sembilan dan Batu Caves-Pelabuhan Klang.
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTM)
Kenaikkan tambang baru ini bermula pada 2 Disember 2015. Kadar tambang komuter yang dinaikkan adalah bagi menampung kos-kos penyelenggaraan dan kos operasi yang makin meningkat.
Kenaikkan Tambang Kumuter 2015
Walaupun kenaikkan tambang komuter dinaikkan, Pihak KTM Komuter telah menawarkan beberapa potongan harga seperti berikut:
- Diskaun 20 peratus (%) daripada kadar tambang tiket tunai untuk pembayaran tambang tanpa tunai (Touch' n Go)
- Diskaun sebanyak 24 peratus (%) bagi tiket mingguan dan diskaun sebanyak 33 peratus (%) untuk tiket bulanan
- Pelajar sekolah rendah, menengah dan institusi pengajian tinggi menerima tambang konsesi sebanyak 50 peratus (%) di bawah struktur tambang baharu
- Tambang konsesi bagi warga emas dan Orang Kelainan Upaya (OKU) dikekalkan iaitu 50 peratus (%) daripada kadar tambang tunai baharu
- kanak-kanak berumur bawah dua tahun adalah percuma
Sumber: Utusan.com.my & Malaysiakini.com
Formula pengiraan tambang:
Tambang = Tambang asas (kadar per kilometer) x jarak perjalanan + caj tambahan (Flag fall + ICPS)
** Contoh Pengiraan Tambang Tunai:
KL Sentral – Midvalley = (RM0.306 x 2.25km) + RM0.70 + RM0.20
= RM1.59 ~ RM1.60
Adakah semua pengangkutan awam akan naik harga?
Labels: SANTAI, YYSharing