WARISAN AYAH 3Q STATION MENJADI PILIHAN

Assalammualaikum w.b.t


Warisan Ayah 3Q Station Menjadi Pilihan Ramai | Teruja Mrsyanie bila dapat tahu ada satu cafe station yang menjual Roti sebanyak 30 jenis. Mau tak teruja, selalu paling banyak kedai akan jual 8 jenis Roti kan tetapi hanya di WARISAN AYAH 3Q special menawarkan 30 jenis Roti !!

warisan ayah 3q, roti hawaii, roti spider
Roti Hawaii

WARISAN AYAH 3Q STATION


Nama Warisan Ayah 3Q menjadi pilihan Puan Aqma, dimana warisan ayah merujuk kepada suami Puan Aqma dan 3Q adalah permulaan nama anak puan Aqma. Konsep yang diterapkan di cafe station ini sangat unik, lebih kepada tradisional konsep hiasannya. Dibawah ini baru je sikit hiasan lukisan di dinding Warisan Ayah 3Q station.  Lagi menarik menu yang disediakan di sini. Di Warisan Ayah 3Q Station menyediakan sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam. 


Sarapan Pagi

Sarapan pagi di Warisan Ayah 3Q antara menu yang disediakan adalah 30 jenis roti, Nasi Lemak, Lontong dan sebagainya. Sarapan pagi yang mejadi Hot seller adalah Roti Hawaii, Roti Salad dan Roti Jepun. Ketiga-tiga roti ni memang sedap!!  Paling Msryanie suka adalah Roti Hawaii, inti dalamnya adalah sosej, telur, daging dan sayur-sayur. Dimakan dengan sos cili dan mayonis. Sangat sedap!!



Masakan panas

Selain sarapan pagi yang memang menarik dengan menu yang disediakan, menu tengahari tidak kurang hebat. Terdapat pelbagai pilihan menu tengahari disedikan. Ianya lebih kepada menu nasi berlauk bermula jam 12 tengahari. Bagi menu malam pula bermula jam 3 petang, ianyalebih kepada masakan panas. Disediakan masakan goreng-goreng dan menu masakan panas yang lain.



Tidak sah jika tiada masakan panas menu utama iaitu ikan siakap/kerapu 3 rasa. Disini juga korang boleh order masakan ikan stim dan phakpu. Masakan phakpu? yang ini menarik dan pertama kali Mrsyanie dengar. Sos Phakpu dengan ikan kerapu memang sedap! Yang ini agak pedas sedikit dengan keranggupan ikan kerapu.


Ikan Kerapu Masak Phakpu
Ayam Goreng Berempah
Tomyam Campur


Kerabu Ikan Bilis menjadi pilihan utama dalam menu kerabu. Wah banyak menu yang pertama kali Mrsyanie cuba ni. Kerabu Ikan Bilis ini sangat sedap, rasa ikan bilis goreng dengan masam-masam cuka kerabu. Serius sangat sedap!  

Kerabu Ikan Bilis


Warisan Ayah 3Q juga menyediakan perkhidmatan penghantaran makanan disekitar kawasan Selayang Height. Jadi warga Selayang Height tidak perlu bimbing jika tidak berkesempatan untuk membeli makanan, hanya membuat tempahan menu sahaja.  Selain itu, di Warisan Ayah 3Q juga menyediakan perkhidmatan katering dan sewa ruang dewan bagi pelbagai jenis majlis. Jangan bimbang harga yang ditawarkan berpatutan dan mampu beli, dan juga buat pelajar-pelajar ada harga khas buat pelajar.


Terima kasih Puan Aqma dan seluruh warga Warisan Ayah 3Q bersama Blogger Kelab Blogger Ben Ashaari!!



Untuk maklumat lanjut dan sebarang tempahan:

Warisan Ayah 3Q Station
B-G-08, P8 Avenue
Jalan SH 1/1, Selayang Heights
Selayang, Selangor.

Landmark: Kolej Komuniti Selayang
Waze: Warisan Ayah 3Q Selayang Heights

Tel: 03-61280236 / 013-307 5369 / 013-307 5234

Instagram: Warisan_ayah3q

Waktu Operasi:
8 am - 12 am



Till Next Entry ye!!!
Salam Sayang

Labels: ,