Water Theme Park Afamosa Resort Melaka

Assalammualaikum w.b.t


Water Theme Park Afamosa Resort Melaka |  Cuti sekolah dah nak dekat, apa agaknya planning mak-mak dan ayah-ayah nak bawa anak-anak bercuti ye? Ha mai Mrsyanie bagi cadangan yang super best untuk satu keluarga beriadah dan bercuti. Water Theme Park Afamosa Resort Melaka menjadi pilihan ramai !!

Water Theme Park Afamosa Resort Melaka

Wah Afamosa Resort ada Water Theme Park ?? Ha inilah pilihan yang utama untuk korang jadikan Afamosa Resort lokasi terbaik untuk keluarga berkumpul bersama. Water Theme Park ini terletak dalam satu kawasan Afamosa resort. Ianya menjadi tumpuan bukan sahaja yang berkeluarga malah ianya sesuai untuk kumpulan bujang, rombongan, dan juga Water Theme Park lokasi yang mesra untuk pengguna orang kurang upaya. 

Bersama  KisahEmasPutih (Uzu), Nynanieyna, Faizalfredley dan blogger illazwritter (Shaila)

Water Theme Park 

Afamosa Resort Melaka adalah tempat percutian yang terbesar di Malaysia. Terdapat beberapa check point yang menarik dalam satu kawasan Afamosa terdiri daripada penginpana dan Theme Park. 

Theme Park juga terdapat 4 theme park yang menarik. Salah satu yang menjadi tumpuan ramai adalah Water Theme ParkWater Theme Park mempunyai hampir 12 jenis permainan yang disediakan untuk setiap golongan. Khusus untuk kanak-kanak dan dewasa. Jom kita jelajah Water Theme Park Afamosa Resort Melaka.. yeahh!!




Disini disediakan kaunter untuk pembelian tiket secara walk-in, tetapi bagi untuk mengelak dari beratur panjang dan kehabisan pakej yang murah, korang juga boleh membuat pembelian secara online/booking terus ke Afamosa Resort. Tambahan musim cuti sekolah, pasti ramai pengunjung akan hadir. Jadi korang cepat-cepat buat tempahan tau. Pelbagai pakej yang disediakan.


Antara kemudahan yang disedikan disini adalah:
Kecil: RM4
Besar: RM12

Double Tube: RM 11 (rental) + RM 10(deposit)
Single Tube: RM 9 (rental) + RM 8(deposit)

Weekday : RM 70 + RM 50 (deposit)
Weekend/Public Holiday/School Holiday: RM 140 + RM 50 (deposit)
*konsep siapa cepat!




Amboi Mrlaling senyum kegembiraan tu nak pergi mandi di Water Theme Park Afamosa Resort Melaka. Disini juga menyediakan permainan khas buat kanak-kanak, orang dewasa tak boleh mandi tau dikawasan kanak-kanak kecuali penjaga sahaja. Untuk kanak-kanak disediakan 2 jenis permainan iaitu Arabian Village dan Kids Adventure pool. 




Bagi permainan untuk dewasa pula terbahgia kepada 2 jenis iaitu ''Family game's' dan ''Adventure games''. Untuk ''Family games'' juga boleh dinaiki oleh kanak-kanak yang cukup syarat yang ditetapkan tetapi pasti korang turut.

Antara permainan untuk dewasa dan kanak-kanak yang cukup syarat:


Juga terdapat 3 jenis permainan yang baru iaitu Hulahula, Big Ice Cream dan Wahaha. Permainan yang snagat menarik minat Mrsyanie adalah Wahaha. Ia dicipta menyerupai kesan ombak Tsunami. Lama juga Mrsyanie dan blogger lain lepak di kawasan Wahaha. Memang terbaik!!




Ini pula adalah permaianan Big Ice Cream. Yang ini mempunyai syarat ketinggian dan berat. Mrsyanie tidak lah mahu naik, takut tengok. Ketaq lutut tengok je pun, kalau naik atas tak tahu ler. hihi Yang merasa Mrlaling, FF, Uzu dan Nyna. Sampai je diorang kata seram memang adventure!

sumber gambar: Utusan Online
Setiap kolam yang disediakan mempunyai penjaga keselamatan yang akan sentiasa memantau setiap langkah. Supaya tidak berlaku kecelakaan. Jadi korang kena ikut apa yang disyaratkan demi keselamatan korang dan ahli keluarga.


HULA HULA

LAZY RIVER
Seronok tengok budak-budak ni mandi.. 


Permainan adventure yang paling menarik dan menguji keberanian adalah Body Slim. Permainan Body slim hanya untuk  yang betul-betul beranai. Mrsyanie? Oh tidak tak berapa teman nak mainnya. Mrsyanie tengok ketinggian permainanan Body Slim ini pun dah seram sejuk tangan kaki tau. Tapi bagi yang betul-betul berani, inilah permainan yang wajib korang cuba.






Ingat semua, walaupun kita pergi bercuti tetapi pasti setiap keselamatan dipatuhi oleh anak-anakn dan diri sendiri. Masing-masing dah kepenatan bermaina ala-ala kanak-kanak riang dapat main air. hihi memang sangat berbaloi untuk merasi sendiri setiap permainan yang disediakan. 

Pakej yang disediakan serendah RM35 bagi setiap orang. 


untuk maklumat lanjut sila hubungi 

No Tel: 03-2781888 atau 06-5520888

Website: www.afamosa.com 
Facebook: www.facebook.com/afamosa.my




Till Next Entry ye!!!
Salam Sayang

Labels: , , , ,