Zoo Negara Malaysia - Baby Giant Panda

Assalammualaikum w.b.t

Zoo Negara Malaysia - Baby Giant Panda | Akhirnya Anak Giant Panda dibenarkan untuk tontonan umum. Tetapi masih dalam jagaan yang rapi oleh pihak Zoo Negara. Anak panda yang dilahirkan pada 18 Ogos lepas itu ditempatkan di dalam bilik kaca untuk tontonan umum.

Sumber gambar: http://www.malaysiakini.com/

Anak Giant Panda

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, anak panda gergasi tersebut kini berada dalam keadaan sihat dan beratnya sudah mencecah 4.67 kilogram. 

“Anak panda dan ibunya iaitu Liang Liang sebelum ini telah dikuarantin dan tidak dipamerkan kepada pengunjung bagi memberi masa kepada Liang Liang untuk kembali ke tabiat normal dan menjalinkan hubungan dengan anaknya. 

“Ia menjadi kebanggaan rakyat kerana kelahiran anak panda pertama ini menjadikan Malaysia sebagai negara pertama di dunia yang berjaya melahirkan anak panda secara semula jadi dalam kurungan,”Sumber:http://www.utusan.com.my/berita/nasional/anak-panda-gergasi-mula-dipamerkan-kepada-orang-ramai-1.159511


Zoo Negara Malaysia - Baby Giant Panda


Alahai comelnya tengok gambar anak giant panda ni kan. Jadi jangan lepaskan peluang untuk menyertai pertandingan menamakan anak gian Panda. Korang boleh layari website portal rasmi kementerian dan korang kena pastikan syarat-syaratnya mesti mempunyai maksud yang cantik, original dan boleh diterjemahkan dalam pelbagai bahasa.



Musim cuti sekolah ini, korang boelh bawa anak-anak ke Zoo Negara. Dapatkan tiket di kaunter Zoo Negara Online dengan pelbagai promosi atau secara atas talian:

Website : www.zoonegaramalaysia.com 
Facebook: ZooNegaraOnline
Instagram: ZooNegaraOnline


Till Next Entry ye!!!
Salam Sayang

Labels: