Boat Noodle | Melur Cafe

Assalammualaikum w.b.t

Boat Noodle | Melur Cafe | Akhirnya booat noodle boleh didapati di Tanjung Malim. Tak payah Mrsyanie turun Kuala Lumpur untuk merasai boat noodle. Sekali sekala itu, teringin gak yang kat Kuala Lumpur tu.hihi. (Nampak tak motif sebenarnya)hihi..


Boat Noodle di Melur Cafe



Kini di Tanjung Malim Perak, korang boleh merasai boatnoodle tau. Boat noodle ini merupakan makanan asalnya dari Thailand, kini menjadi viral dan terkenal di Malaysia. Rasa boat noodle berbeza dari rasa boad noodle yang lain. Yang paling Mrsyanie suka adalah boat noodle sup ayam tetapi perlu ditambah cili serbuk dan sos kicap.. Memang sedap!! Cuma Tomyam sahaja belum merasai sepenuhnya.




Selain boat noodle terdapat menu chicken wing dan spaghetti. Tetapi nasib Mrsyanie kurang bertuah kerana time datang tu chicken wing dan spaghetti habis. Kena datang semula ni nak merasai chicken wing Melur Cafe. Kawan Mrsyanie kata sedap Chicken Wing nya. Aisyy tak sabar nak datang merasainya. Melur cafe juga menyediakan menu minuman yang special, ianya dipanggil Melur Coffee corner. Terdapat pelbagai jenis minumam special. Mrsyanie order Vanilla Coklat dan Mrlaling pula Strawberry coklat. Memang sedap!!


Deko Melur Cafe




Melur Cafe, Tanjung Malim Perak

Melur cafe beroperasi di Taman Universiti, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim Perak. Berhadapan dengan pintu masuk Universiti Pendidikan Sultan Idris. Pada yang singgah ke Tanjung Malim, Perak jangan lupa singgah ke Melur Cafe merasai boat noodle dan chicken wing nya. 

Facebook: Melur Cafe


Till Next Entry ye!!!
Salam Sayang

Labels: , ,