Bowling Sukan Menyihatkan

Assalammualaikum w.b.t

Bowling Sukan Menyihatkan | Ada yang sebut Ten Pin Boling, ada pula yang sebut bowling atau boling. Yang mana satu pun tak apa janji ia adalah salah satu sukan indoor yang menyihatkan. Mrsyanie sebenarnya lama tak bergiat dalam sukan Boling ini. Rasa cam dah pencen pulak tapi minggu depan join satu tournament jemputan kena jugak Mrsyanie turun godek bola yang berhabuk ini.

sumber gambar: google.com

Megalane, Plaza Alam Sentral, Shah Alam



Rasa buat kali kedua Mrsyanie main di Megalane, Plaza Alam Sentral. Lane nya agak pendek sedikit berbanding lokasi boling yang lain. Mrsyanie sebelum sampai dah siap-siap telefon untuk pastikan samada pagi ada mana-mana tournament atau tak. Bukan apa jika ada tournament kekadang diorang akan guna kesemua lane, tiada dibuka untuk walkin. Jadi sebelum tu pastikan korang telefon dulu untuk kepastian. Nasib baik pagi tiada mana-mana tournament, yelah lupa nak telefon awal. Dah masuk kawasan Selangor baru nak telefon.Tournament yang ada nasib baik petang, kami pun terus ke Megalane, Plaza Alam Sentral.


Bowling Sukan Menyihatkan

Kenapa Mrsyanie kata Boling merupakan satu sukan indoor yang sihat. Sebenarnya Boling memerlukan fokus, ketelitian dan planning untuk memastikan pin yang disusun jatuh. Ia juga seperti sukan angkat berat yang memerlukan tenaga, jadi ia dapat membantu korang bersenam secara tidak langsung bergantung kepada berat bola Boling yang sesuai dengan keupayaan korang. Jika korang fokus dan main dengan betul, sebenarnya dapat mengeluarkan peluh tau walaupun bermain dalam kawasan yang berhawa dingin. Bukan itu sahaja, ia dapat merapatkan lagi silatulrahim antara keluarga dan rakan bila korang luangkan masa bermain Boling bersama.

Setalah lama tak main, mulanya game memang kelaut. Point yang dapat tak sampai 100, isykk malu den. Tapi diperbetulkan oleh Mrlaling cara balingan point Mrsyanie. Meningkatlah juga point yang ada tetapi masih lagi dalam keraguan untuk bermain. Mau jantung berdedup kencang nanti. Hihihi. Oklah pada yang nak datang bermain di Megalane, Plaza Alam Sentral jangan lupa telefon dulu ye. Selamat bersukan!!


 sahabat kami :)

Rate Harga Megalane, Plaza Alam Sentral


MEGALANES SHAH ALAM 

Alamat: Level 4, Lot 4.13, Plaza Alam Sentral Jalan Masjid Seksyen 14, 
              Shah Alam, Selangor.
Lane: 24 
Tel: +603 5031 0288 
Fax: +603 5031 0388 


Till Next Entry ye!!!
Salam Sayang

Labels: