Cafe Mini Mini Koleksi Permainan Kecil

Assalammualaikum w.b.t


Cafe Mini Mini Koleksi Permainan Kecil | Konsep deko yang ditekankan oleh Cafe Mini Mini adalah dengan perhiasan setiap mainan yang mini sesuai dengan nama cafe nya. Sangat comel setiap koleksi yang dipamerkan. Sabtu lepas Mrsyanie food hunter dengan adik Mrsyanie di Mid Valley.


Cafe MiniMini 


Setiap permainan yang kecil diperhiaskan bukan sahaja di cafe tetapi dihias setiap meja. Sangat comel rasa nak bawa balik jew. Cafe Mini Mini  terletak di tingkat 3 Mid Valley dekat dengan escalator. Cafe berkonsep layan diri, maknanya korang kena datang order di kaunter. Jangan risau pelayan diorang akan bagitahu. Mrsyanie terjah Mini Mini Cafe kerana dekonya tertarik lak kami. Jadi rasa makannya macam mana kan. Jom kasi usha dulu cafenya.




Dengan simbolik arnab yang comel dengan perhiasan mainan yang semua mini-mini. Makananya agak sedap. Amboi selera tinggi sangat ke hihihi. Harga pun bersesuaian dengan sajian yang dihidangkan. Paling Mrsyanie suka adalah Coffee Caramel nya memang sedap! Kami order Grilled Chicken Carbonara Spaghetti, Margarita Pizza dan Coffee Caramel Macchiato.

Grilled Chicken Carbonara Spaghetti RM 15.90

Margarita Pizza RM 14.90

Coffee Caramel Macchiato RM 9.90


Cafe MiniMini juga menyediakan perkhdimatan bergambar siap diorang bagi frame lagi. Harga RM10.00, sebenarnya kalau tak ambil pun tak apa (jangan membazir). Tapi kami teringin lah pulak kan. Nasib baik nampak comelnya. hihi

Mini Mini Cafe

Tingkat 3, South Court,
Mid Valley, Kuala Lumpur.


Till Next Entry ye!!!
Salam Sayang

Labels: ,