Cafe Puffy Buffy Utamakan Menu Melayu Asli

Assalammualaikum w.b.t

Puffy Buffy Utamakan Menu Melayu Asli |  Lihat dari konsep cafe nya seperti hanya menyediakan menu western dan dessert moden tetapi Puffy Buffy sebenarnya juga menyediakan menu Melayu Asli sebagai keunikkan, lain dari yang lain. Deko dalam cafe ini pun menarik.

Cafe Puffy Buffy 

Mula nya Mrsyanie ingat cafe Puffy Buffy  hanya menyediakan menu barat sahaja, tetapi bila dipamerkan menu petangnya ada menu Melayu Asli membuatkan Mrsyanie tertarik untuk merasainya. Perut kenyang lagi waktu ni, tapi nak jugak rasa menu dari cafe Puffy Buffy. Ianya terletak di Nu Sentral dan cafe Puffy Buffy  juga ada cawangan lain di Cyberjaya dan KLIA2. Yang pastinya Halal dan kalu korang nak tahu pemilik dan chefnya adalah dikalangan orang Melayu.



Cafe Puffy Buffy bukan sahaja menyediakan sajian minum petang tetapi ada sarapan pagi, makanan tengahari dan juga untuk makan malam. Korang boleh merasa makanan Melayu Asli dan Barat. 


Tengok sahaja menu petangnya, menyediakan menu petang yang berunsurkan Melayu Asli. Mana nak dapat dessert Ubi Kayu Rebus kan. Di cafe Puffy Buffy terdapat menu petang yang sangat menarik, jangan risau bukan sahaja menu petang Melayu Asli terdapat juga dessert barat.



Banyak lagi sebenarnya, kalau korang nak tahu kena datang sendiri ke cafe Puffy Buffy di Nu Sentral atau cawangannya yang lain. Jom tengok apa yang kami order:

Ubi Kayu Rebus dengan Gula Melaka dan Kelapa RM7.90

Coklat Lava Kek dengan Ice Cream Vanilla RM12.50



Menu yang kami order rasanya memang sangat sedap. Terasa berada di kampung pulak bila makan ubi kayu dengan kelapa. Memang sedap!!! Nak rasa manis lagi korang boleh order Coklat Lava Kek dengan Ice Creams, rasanya memang sedap dan pergg meleleh air liur bila tengok gambar ni balik. Korang boleh cuba sendiri kesedapan menu yang ada ni cafe Puffy Buffy. Selamat mencuba!

Untuk maklumat lanjut dan tempahan:


Cafe Puffy Buffy

Alamat: L4.12, Level 4 NU Sentral Shopping Mall Sambathan, 201, 
             Jalan Tun Sambanthan, Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, 
             Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia

Facebook: Cafe Puffy Buffy Nu Sentral
Email: puffybuffynusentral@gmail.com



 Till Next Entry ye!!!
Salam Sayang

Labels: , ,