Dubuyo : Urban Korean Food

Assalammualaikum w.b.t

Urban Korean Food | Nak ke Korea entah bila lah kan, jadinya makan makanan Korea jelah ye hihi.. Kali ini kita ubah citarasa pulak, dari makanan barat makanan Melayu kita ke makanan Korea. Kita terjah ke Urban Korean Food. Apa yang menarik ye? Siapa sini suka makanan Korea?

Urban Korean Food 


Lokasi kali ini di Nu Sentral di Kuala Lumpur Sentral. Banyak sangat pilihan restoran di Nu Sentral sampai kami tak tahu mana nak terjah. Akhirnya kami buat pilihan untuk terjah makan masakan Korea. Pernah jugak Mrsyanie makan masakan Korea tapi bukan di Restoran khas masakan Korea. Jadi kali ini menu apakah pilihan kami. Jom tengok.




Ini lah dia menu pilihan kami, waktu kami sampai waktu makan petang. Disini ada promosi bagi makan petang bermula jam 3.00 petang sehingga 6.00 petang. Harga hanya RM9.00 sahaja bagi menu pilihan tertentu. Korang leh rujuk gambar diatas. 

Pilihan Mrsyanie adalah:

Set A : Honey Garlic Bulgogi Chicken. 


Dalam Set A disediakan air tetapi tidak disediakan nasi. Jadi Mrsyanie order tambahan Nasi Dubu Dubu. 


Honey Garlic Bulgogi Chicken 

 Pilihan adik Mrsyanie pula :

Set B: Dol Sot Bibimbap Chicken


Dalam Set B disediakan air sekali. Bagi air korang boleh buat pilihan samada Roasted Barley Tea atau Korean Green Tea.

Dol Sot Bibimbap Chicken

Korean Green Tea

Korean Spicy Chicken Wing

Mrsyanie juga tambah order iaitu Korean Spicy Chicken Wing.  Rasanya bagi Mrsyanie sedap dan masih boleh lagi makan. Nasi nya pula memang lembut dan cepat kenyang. Nasinya tak kering agak lembab sedikit tetapi rasanya sangat unik. Begitu juga dengan Bibimbap dan Chicken Wing masakan sangat sedap dan tak berapa spicy bagi penggemar spicy. Rasa seperti menggunakan cili giling dan ada rempah-rempah yang agak menarik.


Biasalah sementara menunggu menu yang diorder sampai, apa lagi bergambar lah kami. Ada gaya Kpop tak? hihi.. Baru-baru ni dapat produk Korea, kali ni rasa masakan Korea pulak. Agaknya bila pula nak terbang travel ke Korea ni. hihi

Untuk keterangan lanjut:

Dubuyo : Urban Korean Food 


Alamat: L4-04, NU Sentral, Jalan Stesen Sentral 5, Brickfields, Wilayah Persekutuan,
              50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Website: http://www.dubuyo.com/index.html


Till Next Entry ye!!!
Salam Sayang

Labels: , ,