Jom Klik

FEED EFG

ePlace | Udon Noodles Terbaik

Assalammualaikum w.b.t

ePlace | Udon Noodles Terbaik |  Siapa yang datang Tanjung Malim pasti tidak ketinggalan untuk merasai makanan di ePlace restoran. Kalau korang nak tahu ePlace dan Easy Cafe adalah pemilik yang sama. Cuma ePlace lebih kepada masakan nasi dan goreng-goreng, Manakala EasyCafe lebih kepada menu western. 

sumber gambar: FB ePlace

ePlace | Udon Noodles 


Mrsyanie bukan seorang penggemar makan Udon tetapi semalam bawa Mrlaling makan sup di ePlace. Orang demam nak cari sup katanya dan sup yang paling Mrsyanie suka di ePlace. Moga Mrlaling ceat sembuh ye. Mrsyanie tak pernah order makanan berasaskan udon tetapi semalam teringin pula makan udon. Mrsyanie order Stir Fried Spicy Seafood Udon dan Mrlaling order Crabstick + Chicken soup + Nasi putih. 

Stir Fried Spicy Seafood Udon

Stir Fried Spicy Seafood Udon

Mrlaling order Crabstick + Chicken soup

Review by YanieYusuf:

Mrsyanie pada mulanya ingat ianya digoreng kering tetapi ada kuah sedikit. Rasa memang sedap, pedas sedikit dan pasti seafood nya segar. Harga berbaloi dengan kuantiti yang disediakan. Untung sebenarnya makan kat ePlace sebab rasanya sedap, kuantiti banyak dan tidak terlalu mahal. Kebersihan juga terjaga dan sangat selesa kalau makan di ePlace.

Mrsyanie pernah makan kat kedai (warung tepi jalan) harga yang diletak RM6 untuk keow teow goreng + telur goreng. Rasanya pula tak kena pada tekak Mrsyanie dan kuantiti yang sedikit. Kau ghasa mau tak hangin. Pasal makan Mrsyanie lebih titik beratkan rasa dan kuantiti yang disediakan, samada ianya berbaloi atau tidak

Apa-apa pun korang datang Tanjung Malim, cuba lah Udon di ePlace. Lokasi sebelah dengan Bank Rakyat, dihadapan Petronas dan sebaris dengan Pejabat TNB Tanjung Malim.  Selamat Mencuba!!


Alamat: No. 15, Jalan Permai, Taman Ketoyong Permai,
             35900 Tanjung Malim, Perak.
Telefon: +605 458 5855
Waktu operasi: Sunday - Friday 1130 - 2230, Saturday 1530 - 2330




Till Next Entry ye!!!
Salam Sayang

1 comment:

FANPAGE

back off