Filem: Point Break

Assalammualaikum w.b.t

Filem: Point Break | Sabtu lepas sebelum balik ke Tanjung Malim, Mrsyanie singgah ke Rawang dulu untuk menonton wayang filem goosebumps tapi dah tak ditayangkan. Macam mana Mrsyanie boleh terlepas ermm.. Jadi kami ubah untuk menonton filem aksi iaitu Filem Point Break. Sebuah filem yang penuh dengan aksi dan ianya merupakan filem 18 tahun keatas tau kerana mempunyai elemen yang mengerikan dan lebih extreme.

Filem Point Break


Pelakon yang membintangi Filem Point Break:

  1. Luke Bracey ( Jonhnny Utah)
  2. Edgar Ramirez (Bodhi)
  3. Ray Winstone (Angelo Pappas)
  4. Teresa Palmer (Samsara)
  5. Tobias Santelmann (Crowder)
  6. Bojesse Chistophe (FBI director chapman)
  7. Delroy Lindo ( FBI instructor)



Sinopsis Filem Point Break:


Point Break merupakan filem yang penuh dengan aksi extreme. Ia bermula apabila Johnny Utah lakonan Luke Bracey telah meninggalkan bidang extreme kerana satu kejadian menyebabkan kematian rakan baiknya. Utah mula memasuki akademik FBI dan bermula satu tugas penyamaran bagi menakap jenayah bersiri yang luar biasa kerana setiap jenayah yang dilakukan melibatkan sukan extreme. Ia melibat 6 aksi extreme yang perlu dijalankan oleh Utah untuk menangkap jenayah extreme tersebut. Melibatkan sukan extreme air, udara dan pergunungan.




Ceritanya sangat menarik dan penuh dengan aksi extreme yang diluar jangkaan. Memang menarik bagi peminat suka extreme. Mrsyanie bagi 4 bintang kerana heroinnya mati akhirnya dan endingnya habis begitu sahaja. Tapi memang tak mengantok tengok filem ni, mau tak nya Mrsyanie pulak yang cuak tengok setiap extreme yang dilakukannya. 

Tayangan bermula : 3 Disember 2015
Genre : Aksi (Action)




Till Next Entry ye!!!
Salam Sayang

Labels: ,