Jom Klik

FEED EFG

Filem: STAR WARS - The Force Awakens

Assalammualaikum w.b.t

STAR WARS - The Force Awakens | Filem yang menjadi penantian buat peminat filem Star Wars. Kini Star Wars kembali dengan filem bertajuk The Force Awakens. Siapa yang dah tengok filem ni? Best ke? 

STAR WARS - The Force Awakens

Mrsyanie bukan peminat tegar filem Star Wars tetapi filem kali ini buat Mrsyanie minat dengan filem Star Wars. Star Wars merupakan filem Aksi, Pengembaraan, dan Fantasi. Filem arahan J.J Abrams membuatkan filem Star Wars menjadi filem penutup akhir tahun 2015 dengan sambutan yang sangat hangat. Bukan kata orang dewasa sahaja minat malah kanak-kanak juga minat dengan filem Star Wars.
PENGARAH:
J.J. Abrams 

PENULIS SKRIP:
J.J. Abrams, Lawrence Kasdan, Michael Arndt 

PELAKON:
Adam Driver, Andy Serkis, Carrie Fisher, Daisy Ridley, Harrison Ford, John Boyega, Mark Hamill, Oscar Isaac




Sinopsis Ringkas:

Filem STAR WARS - The Force Awakens mengisahkan tentang pemerintahan kuasa jahat yang ingin menguasai seluruh dunia tetapi dihalang oleh pihak pembangkang yang diketuai oleh Leia. Turut membantu adalah Han Solo dalam melawan kuasa jahat. Akan tetapi berlaku satu tragedi sehingga menyebabka Han Solo dibunuh oleh anaknya sendiri. Part ni cam sedih sket, watak Han Solo dimatikan.

Bagi Mrsyanie filem ini membuka era generasi baru dengan pelakon muda. Tak sabar pulak nak tunggu sambungan filem Star Wars dengan generasi baru. Filem Star Wars penuh dengan aksi dan filem yang tidak bosan. Mrsyanie bagi 4.8 star untuk filem STAR WARS - The Force Awakens.


Till Next Entry ye!!!
Salam Sayang

2 comments:

  1. ehehe CT tak pernah tngk satu pun filem Star Wars ni.. ngeh2..
    tapi orang dok citer2 ni trpanggil gak nk tngok.. dload je kot nanti eheh..

    ReplyDelete
  2. Ok jugak cerita ni. Layan dgn anak buah.

    ReplyDelete

FANPAGE

back off