Jom Klik

FEED EFG

Filem: Victor Frankenstein

Assalammualaikum w.b.t


Filem: Victor Frankenstein | Filem Victor Frankenstein merupakan salah satu filem yang bertemakan horror yang diadaptasi dari sebuah buku yang bertajuk ''Victor Frankenstein'' oleh penulis hebat, Mary Shelley. Tapi tak ada lah horror  sangat. Iany lebih kepada filem ilmu sains (science fiction).

Victor Frankenstein


Filem Victor Frankenstein diarahkan oleh pengarah terkenal Paul McGuigan dengan lakonan hebat dari pelakon utamanya, James McAvoy dan Daniel Radcliffe. Filem Victor Frankenstein mengisahkan tentang seorang pakar saintis iaitu Victor Frankenstein (James McAvoy) yang terlalu taksub dengan penyelidikan. Ianya bermula apabila Victor Frankenstein ke sarkas London bertujuan untuk mencari bahagian-bahagian haiwan yang telah mati untuk dijadikan bahan penyelidikannya. Kemudian dia terjumpa dengan seorang orang bongkok yang mahir dalam bidang perubatan tetapi menjadi pelawak sarkas. Victor telah menawarkan kebebasan dan bersetuju untuk membantu memperbetulkan struktur badan dan ianya diberi nama Igor Strausman (Daniel Radcliffe). 



Victor bukan sahaja membantu Igor Strausman, tetapi juga memberi peluang Igor untuk bekerja dengan dia dalam penyeilidkan bagi mengubah dan mencipta sesuatu yang diluar jangkaan manusia. Sehingga Victor terlalu taksub dengan penyelidikan nya berkaitan hidup dan mati.



Pelakon yang membintangi filem Victor Frankenstein:

  • Daniel Radcliffe sebagai  Igor Strausman
  • James McAvoy sebagai Victor Frankenstein 
  • Jessica Brown Findlay sebagai Lorelei
  • Andrew Scott sebagai Roderick Turpin 
  • Mark Gatiss sebagai Dettweiler


Ringkasan: Filem ini mempunyai jalan cerita yang menarik tentang saintis yang terlalu taksub dengan penyelidikan berkaitan hidup dan mati. Lebih kepada filem sains tetapi bagi Mrsyanie filemnya agak bosan sedikit kerana kurang aksi. Mungkin tidak menepati selera tontonan Mrsyanie. Selamat menonton.!!


Till Next Entry ye!!!
Salam Sayang

7 comments:

  1. Filem horor wawa kurg suka tgk sbb rse
    Mcm duk dlm film tu je.. Ahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak horor sangat, lebih kepada filem sains.

      Delete
  2. Baca sinopsis pun dah menarik.. kena tengok nie

    ReplyDelete
  3. jalan cerita dia nampak nya lebih kepada sains. btw good synopsis :D

    ReplyDelete
  4. Haritu dah nak terbeli tiket movie ni tapi nasib seat dah penuh..rupanya citer seram..sya pun tak suka nengok citer seram2 ni..tkut terbawak2 dalam mimpi, tetiba berlakon dlm citer tu..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak horor sangat.. lebih kepada sains yang terlalu taksub dengan penciptaan kehidupan.

      Delete

FANPAGE

back off