Filem: Victor Frankenstein

Assalammualaikum w.b.t


Filem: Victor Frankenstein | Filem Victor Frankenstein merupakan salah satu filem yang bertemakan horror yang diadaptasi dari sebuah buku yang bertajuk ''Victor Frankenstein'' oleh penulis hebat, Mary Shelley. Tapi tak ada lah horror  sangat. Iany lebih kepada filem ilmu sains (science fiction).

Victor Frankenstein


Filem Victor Frankenstein diarahkan oleh pengarah terkenal Paul McGuigan dengan lakonan hebat dari pelakon utamanya, James McAvoy dan Daniel Radcliffe. Filem Victor Frankenstein mengisahkan tentang seorang pakar saintis iaitu Victor Frankenstein (James McAvoy) yang terlalu taksub dengan penyelidikan. Ianya bermula apabila Victor Frankenstein ke sarkas London bertujuan untuk mencari bahagian-bahagian haiwan yang telah mati untuk dijadikan bahan penyelidikannya. Kemudian dia terjumpa dengan seorang orang bongkok yang mahir dalam bidang perubatan tetapi menjadi pelawak sarkas. Victor telah menawarkan kebebasan dan bersetuju untuk membantu memperbetulkan struktur badan dan ianya diberi nama Igor Strausman (Daniel Radcliffe). 



Victor bukan sahaja membantu Igor Strausman, tetapi juga memberi peluang Igor untuk bekerja dengan dia dalam penyeilidkan bagi mengubah dan mencipta sesuatu yang diluar jangkaan manusia. Sehingga Victor terlalu taksub dengan penyelidikan nya berkaitan hidup dan mati.



Pelakon yang membintangi filem Victor Frankenstein:


Ringkasan: Filem ini mempunyai jalan cerita yang menarik tentang saintis yang terlalu taksub dengan penyelidikan berkaitan hidup dan mati. Lebih kepada filem sains tetapi bagi Mrsyanie filemnya agak bosan sedikit kerana kurang aksi. Mungkin tidak menepati selera tontonan Mrsyanie. Selamat menonton.!!


Till Next Entry ye!!!
Salam Sayang

Labels: , ,