Kuey Teow Celup Thailand

Assalammualaikum w.b.t


Kuey Teow Celup Thailand | Pernah korang dengar tak menu Kuey Teow Celup ? Selalunya orang akan jual Mee Celup. Tapi Mrsyanie tak makan mee kuning, jadinya tukar kepada Kuey Teow Celup dan Kuey Teow Celup Paling Sedap yang Mrsyanie pernah jumpa adalah di Tanjung Malim.


Kuey Teow Celup Thailand


Mau tak mengidam, memang sedap supnya. Rasanya lain dari yang lain, tak seperti sup celup yang Mrsyanie pernah jumpa. Kenapa Kuey Teow Celup Thailand? Sebab tukang masaknya berasal dari Thailand tau. Bukan sahaja Kuey Teow, korang juga boleh gantikan dengan nasi. Dah jadi bubur nasi dengan sup celupnya memang terangkat tau rasa sedapnya. Yang uniknya, Kuey Teow Celup ditambah dengan lobak masin. Sealu Mrsyanie jumpa makan lobak masin dengan bubur nasi tapi disini korang dapat rasa Kuey Teow Celup dengan bahan lobak masin. Terliur rasanya!!



Sup pula tidak seperti sup di Malaysia. Lebih light dan tidak rasa berlemak. Rasa bahan-bahan tumisnya dapat dirasa dan kuat rasa lada hitam. Makan panas-panas memang boleh berpeluh, siapa yang deman makan bubur nasi sup celup boleh naikkan balik selera makan tau. Sabar Mrsyanie.. Kang baju tak muat lak. huhu



Restoran Sinaran Baru Tomyam

Lokasi: Tanjung Malim, Perak
(landmark: Depan Sekolah Menengah JK Kathalik, Tanjung Malim.)



Till Next Entry ye!!!
Salam Sayang

Labels: ,