Jom Klik

FEED EFG

Mee Tarik Warisan Asli Di SOGO

Assalammualaikum w.b.t

Mee Tarik Warisan Asli Di Sogo | Minggu yang lepas Mrsyanie turun shopping di SOGO, yelah sekarang ini ada sale hujung tahun. Y.E.S Sale dan akan tiba sale perayaan pulak. Dapat lah jugak Mrsyanie sambar 2-3 handbag dan baju untuk Mrlaling. Shopping hasil berblog tau, alhamdulillah! Tambahan pula Mrlaling pun sponsor shopping. Seronok tak terkata hihi. 

Mee Tarik Warisan Asli

Dah lama Mrsyanie nak rasa Mee Tarik tau. Mee yang dibuat sendiri dan kita sendiri nampak bagaimana diorang buat. Tak ada lah ragu sangat nak makan mee. Mee Tarik Warisan Asli adalah mee tarik yang terkenal di Malaysia. Yang pastinya ianya Halal. Seronok jugak tengok diorang buat mee tu. hihi Kini kalau korang nak rasa Mee Tarik Warisan Asli boleh didapati di SOGO. Berada di tingkat 6 bahagian makanan. 

DRY MEE TARIK  (PEDAS)


Pertama kali Mrsyanie makan Mee Tarik dan Mrsyanie order Dry Mee (Pedas). Rasanya seperti makan mee dengan kuah/sos spaghetti. Ingatkan Dry Mee yang disajikan adalah kering seperti mee goreng tetapi Dry Mee Tarik Warisan Asli dihidangkan dengan cara berkuah. Rencahnya banyak. Bagaiman pula rasa mee nya kan, mee tarik rasanya lain dari mee kuning yang sedia ada dipasaran (yang penting tidak berasa kapur hihi). 


Tapi Mrsyanie belum cukup puas sebab tak pergi ke kedai Mee Tarik Warisan Asli itu sendiri. Nanti nak mencuba menu yang lain pula di Mee Tarik Warisan Asli. 


Kiosk: Mee Tarik Warisan Asli
Lokasi: Tingkat 6, Food Court,  SOGO (K.L.) Shopping Mall



Till Next Entry ye!!!
Salam Sayang

6 comments:

  1. kat SOGO ek..nanti boleh la pergi try..hehe

    ReplyDelete
  2. singgah pagi...
    http://jmbelog.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. nampak sedap sgt ni..huhu..dah lah tgh laparrr

    ReplyDelete
  4. selalu lepak sogo tapi jarang mkn kat food court sogo,boleh try nampak sedap..

    ReplyDelete
  5. suka tengok orang buat mee tarik tapi tak pernah makan pun lagi.

    ReplyDelete
  6. Oh, kat SOGO pun dah ada, banyak la cawangan sekarang ni ya

    ReplyDelete

FANPAGE

back off