Jom Klik

FEED EFG

Menitis Air Mata!

Assalammualaikum w.b.t

Menitis Air Mata! | Menitis air mata Mrsyanie melihat sendiri video yang dikirimkan oleh saudara Islam kita di Syria apa yang yang berlaku disana. Kekejaman dan tidak berprikemanusiaan terhadap kanak-kanak, kaum wanita. Ini bukan soal agama,bangsa, politik dan negara tetapi ini soal kemanusian yang tidak wujud disana.

Pray For Syria

Dimana wujudnya kemanusiaan dunia? Dimana mahkamah dunia?  Tak sanggup Mrsyanie melihat apatah lagi yang menerima segala kekejaman itu. Sedih sangat. Sehingga tidak dapat Mrsyanie sampaikan dengan kata-kata, hanya air mata menjadi bicara. Mereka tidak meminta rintihan dari kita tetapi apa yang boleh kita bantu mereka. Bukan dengan kekuatan tenaga tetapi bantulah dengan bantuan yang sewajarnya.


Bantuan musim sejuk untuk Syria



Mampukah kita hanya melihat kesedihan mereka? Salji bakal mulai turun di bumi Syria, maka bermulalah musim sejuk melampau yang mengakibatkan kematian dikalangan rakyat Syria. Di Syria, rakyatnya merana kerana suhu yang mencapai tahap negatif tanpa adanya persediaan untuk menghadapi musim sejuk. Ini kerana mereka serba kekurangan. Hidup mereka dikelilingi kekejaman, keganasan dan pengeboman. Dari mana sumber pendapatan yang mampu mereka perolehi andai kita tidak membantu?


Hulurkan lah bantuan walaupun hanya RM1.00 bagi membantu saudara kita disana.

Syria Care


AKAUN CIMB BANK ( Syria Care)

No. Akaun : 8601 89 4560
Swift Code : CIBBMYKL

AKAUN MAYBANK (Syria Care) :
No. Akaun : 5621 0665 3575

AKAUN RHB (Syria Care):
No. Akaun : 2622 5000 0217 75


Untuk melihat sendiri gambar dan video boleh layari:





Maaf Mrsyanie tidak mampu untuk mengulas terlalu dalam kerana sangat sedih dan pilu melihat apa yang terjadi kepada anak-anak kecil disana. (waktu taip ni pun dah menitis air mata sebak). Mari lah kita menghulurkan bantuan buat anak-anak Syria disana. Kami sentiasa menyokong Pray For Syria. Insya-Allah.





Till Next Entry ye!!!
Salam Sayang

1 comment:

  1. KESIAN NYA.. RASA MACAM NAK BAWAK BALIK MALAYSIA JE

    ReplyDelete

FANPAGE

back off