Jom Klik

FEED EFG

Orchid Bistro Rawang

Assalammualaikum w.b.t

Orchid Bistro Restoran | Food hunter kali ini adalah Orchid Bistro Restoran. Ianya terletak di AEON Rawang. Kali ini food hunter Mrsyanie berlima, sebenarnya kami tengah menunggu waktu untuk menonton wayang. Sebelum tu kasi isi perut yang lapar ni, dan Orchid Bistro  menjadi restoran untuk makan malam kami.


Orkid Bistro



Di Orchid Bistro  menekan konsep makanana campuran, bukan sahaja masakan panas tetapi terdapat juga masakan barat. Sewaktu kami sampai tak ramai sangat kerana dah hampir jam 9 malam. Hidangan yang diorder cepat sampai dan tidak perlu tunggu lama. 

Apa yang kami order? Jom kita tengok.

FRENCH TOAST RM6.30

CLAYPOT YEE MEE RM8.40

CANTONESE KEUY TEOW RM 9.50

NASI PUTIH + LEMON FISH RM9.10

MEE KARI (CURRY NOODLE) RM8.40

NASI GORENG SPICY RM9.10

Rasa masakannya, bagi nasi goreng spicy, lemon fish dan mee kari sedap dan berbaloi dengan harga. Memang sedap! Mrsyanie suka nasi goreng spicynya, cukup rasa dan pedasnya tak terlalu. Tetapi mungkin sewaktu kami datang garam pulak terlebih bagi claypot yee mee dan Cantonese kuey teow. Yang ini memang putus selera Mrsyanie nak makan sebab terlalu masin, tetapi dah lapar Mrsyanie telan jugak kuey teownya tanpa makan dengan kuah.

Mrsyanie maklumkan juga kepada pekerjanya, yang makanan kami terlebih masin. Dia mohon maaf. Nak lebih? Tak pelah itu pun dah memadai.  Harap lepas ini Orchid Bistro boleh take note ye. Makanan lain dan minuman lain memang sedap!

Keseluruhan makan malam kami ialah RM72.80 untuk 5 orang.



Orchid Bistro

Lokasi: Lot.G66, AEON Rawang Shopping Mall
            No. 1 Persiaran Anggun, Taman Anggun,
            Kota Emerald, Rawang Selangor,



Till Next Entry ye!!!
Salam Sayang

4 comments:

  1. Selalu kalau ke sana, lalu je depan restoran ni. Belum pernah cuba :)

    ReplyDelete
  2. sedap nya.. scroll pepagi buta ni telan ailio ehehe..

    CT jalan2 blogwalking sini..
    http://sitiyangmenaip.blogspot.my/ jemput singgah..

    ReplyDelete
  3. boleh thn mhl jugak..presentation mcm kureng sikit..huhu

    ReplyDelete
  4. cantonese kuew teaw mengancam je.. tp masin plak ya.. sedih btl..

    ReplyDelete

FANPAGE

back off