Jom Klik

FEED EFG

Teater Bawang Putih Bawang Merah 2015

Assalammualaikum w.b.t


Teater Bawang Putih Bawang Merah |  Dapat jugak Mrsyanie tonton Teater Bawang Putih Bawang Merah. Cerita lagenda yang menjadi sebut-sebutan sewaktu Mrsyanie kecil sehingga kini menjadi cerita lagenda. Pengarah yang cukup hebat iaitu Erma Fatima menjadikan Teater Bawang Putih Bawang Merah cukup indah dan menarik jalan ceritanya.



Teater Bawang Putih Bawang Merah



Teater Bawang Putih Bawang Merah berlangsung bermula 3 Disember sehingga 8 Disember 2015 di Istana Budaya, Kuala Lumpur. Masih sempat lagi kepada yang ingin menyaksikan lakonan teater hebat dari pelakonan yang mantap iaitu Syarul Ridzwan, Nur Fathia, Juliana Evans, Beto Kusyairy, Fazlina Dato' Ahmad Daud, Nabila Huda, Rosnan Rahman, dan Pelakon hebat Fauziah Dato' Ahmad Daud.



Sinopsis Ringkas Teater Bawang Putih Bawang Merah:


Teater Bawang Putih Bawang Merah mengisahkan tentang sebuah keluarga, dimana madu isteri pertama mempunyai sifat yang sangat tamak dan dengki. Mak labu lakonan Fazlina Dato' Ahmas Daud sering disangka buruk oleh madunya yang dilakonkan oleh Fauziah Dato' Ahmad Daud. Sehingga Mak Labu dibunuh dan bermula kisah Putera terpikat dengan lunakkan suara Bawang Merah lakonan Nur Fathia. Saksikan sudutan ringkas lagu yang sangat Mrsyanie suka dalam Teater Bawang Putih Bawang Merah.





Menarik dalam teater ini korang boleh lihat lakonan mantap dari dua beradik iaitu Fauziah Dato'Ahmad Daud digandingkan dengan Fazlina Dato' Ahmad Daud. Lakonan yang sangat menjadi dan terbaik!!. Begitu juga lakonan Nur Fathia dan Juliana Evans yang sangat bagus dan membawa watak dengan baik.

Masih sempat lagi untuk tontonan semua. Dapatkan segera tiket secara online di: AirAsiaRedTix atau terus ke kaunter di Istana Budaya. Ingat sehingga 8 Disember 2015.




Till Next Entry ye!!!
Salam Sayang

No comments:

Post a Comment

FANPAGE

back off