Jom Klik

FEED EFG

Nasi Lemak Antarabangsa | Kg Baru | Kuala Lumpur

Assalammualaikum w.b.t

Nasi Lemak Antarabangsa  (NLA) |  Kg Baru | Kuala Lumpur | Siapa yang tak pernah dengar Nasi Lemak Antarabangsa Kg Baru?? Sangat lah rugi.. Nasi Lemak Antarabangsa ini dari mrsyanie zaman sekolah lagi dah terkenal dengan rasa masakannya yang sangat sedap. Legend ini tau.. eh kalu nak tahu dulu mrsyanie sekolah rendah di Taman Setiawangsa dan sekolah Menengah di Puteri Ampang dan Bandar Tasik Selatan... Siapa yang datang ke Kuala Lumpur serius memang wajib datang makan di Nasi Lemak Antarabangsa Kg Baru, Kuala Lumpur. NLA bukan sahaja femes di kalangan orang-orang KL tapi juga dikenali oleh orang-orang luar KL.

Kenapa mrsyanie kata cam tu sebab dah terbukti dikalangan rakan-rakan mrsyanie sendiri pun tau..Rata-rata rakan mrsyanie orang Perak tau.. Jati Perak!!.. Siap cerita lagi NLA tempat dating dulu-dulu, sekarang dah anak 3 orang ok..Memang legend NLA dan masih mengekalkan kesedapan yang sama.

Sabtu yang lepas family Kelab Blogger Ben Ashaari  adakan lepaking bersama. My 1st time jumpa family KBBA tau.. alhamdulillah..korang memang awesome lah.. sempoi, peramah dan best sangat!! Lokasi nya di NLA, Kg.Baru. Ramai kata ehh susah parking lah kalu datang ramai-ramai.. Tak ada dah gitu.. parking sangat senang dah sekarang tau sebab kat sana ada sediakan tempat parking hanya RM5 per entry.. ha lepak lah sampai lebam mana pun tak ada cas tambahan tau..

Moh kita kasi terliur sket..nyum nyummm... Ini adalah menu wajib datang NLA tau..pelbagai jenis lauk ada.. Mrsyanie syorkan sotong sambal dan kerang sambal dia memang pergg super sedap.. (hilang diet mrsyanie huhu) tak leh tahan kot tengok...nyum...

Kalau korang nak tahu di NLA bukan sahaja ada Nasi Lemak sahaja malah ada pelbagai lagi jenis menu lain. So tak ada alasan lah kalu satu menu jew.. mrlaling kurang makan Nasi Lemak jadi menu dinner dia malam tu adalah bihun goreng, sambal kerang dan ayam goreng.. Sedap tau!! Antara menu lain adalah Soto, Nasi Inpit (tak yah tunggu raya tau bak kata owner NLA), kuih Koci.

Kuih koci pulut hitam memang sedap.
Tak lah melekat sangat memang, manis nya cukup
dan kene citarasa mrsyanie..

Bersama family KBBA :) kak lynda, Yanty dan Yoorin

Yeaazaa.. ini lah Air Kelapa VVIP. perggg memang haven dan sedap.. 1st time mrsyanie rasa air kelapa cam ni.. Memang best pekena Nasi Lemak dengan Air Kelapa VVIP ni..

Kalau korang nak tahu NLA juga menyediakan perkhidmatan catering tau.. so boleh tempah dan sebarang pertanyaan korang boleh layari:

Facebook: Kelapa Frutti

Till Next Entry ye!!!
Salam Sayang

Landmark: Jumpa pintu gerbang Kampung Baru.  dan kedainya sebelah kiri. :)

Plaza Hotel | Kuala Lumpur | Birthday Mr.Laling

Assalammualaikum w.b.t

Sambut Birthday Mr.Laling| Happy Birthday yang ke.. my Love Mr. Faizal Hassan. I love u so much. Tiada yang bahagia bagi mrysnaie melainkan melihat mrlaling bahagia dan sentiasa tersenyum.

Sambutan awal hari jadi mrlaling bersama family dah dibuat dengan majlis doa selamat di rumah family mrsyanie. Minggu ini plak sambutan birthday kami berdua je.. baru lah romantik sket kan.. ingat nak buat suprise tapi asyik tak menjadi je kan..ermm nak buat cam ne kan.. huhuh.. sebenarnya hari jadi rmlaling pada 31 mac ini..eeehh esok tau.. kami buat sambutan awal. Mulanya nak booking hotel awal tapi sebabkan kami ini suka redah je kan..akhirnya lepas event opening butik SNF di Bandar Baru Bangi, kami terus ke Jalan Tar. mencari hotel yang terdekat, planning nya nak jalan-jalan kat Masjid Jamek tapi tak jadi sebab hotel yang selalu kami stay penuh. Tak ada bilik. Terpaksa mencari hotel lain.

Akhirnya jumpa dengan Hotel Plaza, tak jauh jugak dari Pertama dan Sogo. Dalam 5-10 minit jalan kaki. Oklah ada bilik suite untuk kami. Harga semalam RM188.00 dan deposit RM50.00 tapi dah cek out nanti dapat balik deposit tu. Jangan risau. hihi Sarapan pagi disediakan termasuk harga bili untuk 2 orang.

Lokasi nya sangat menarik tetapi bilik yang mrsyanie dapat agak kurang berbaloi sebenarnya dengan harg rm188/night. Perabot yang disediakan agak lama jugak, if menekankan konsept style lama is ok. Tapi masuk my first impression seperti hotel 2 star but food dia sedap..hihihi.. Biliknya masih lagi selesa walaupun like 2 star. Cuma dalam bilik air, paip sinki tak boleh digunakan. oklah sapa suruh tak nak book hotel awal kan..huhu.. Tu je bilik yang available...  Nasib lah ye..

Kami dapat bilik suite tingkat 11.. pergg yang ni memang best sebab boleh tgk pemandangan Kuala Lumpur. Tapi tingkap nya kecik jew..sepi2 KL pun oklah kan..hihihi..

Dan jangan terkejut kalu parking kereta anda kena bayar RM2 ada mulanya. Tapi selepas itu FOC. :) (mrsyanie dah terkeno, terkejut kata park kete kene bayar..rupanya 1st tu memang kne bayar rm2 lepas tu masuk keluar dah tak keno bayor..)

Kami stay di Hotel Plaza 1 malam sahaja. Yang paling best kat hotel ini makanan yang disediakan nya..sangat sedap..ermm terubat lah sket hati ini kan dengan bayaran yang dkeluarkan..hihihi.. Hotel Plaza juga menyediakan perkhidmatan Hi Tea, Buffet lunch, dan servis ke bilik. Kiranya order dan diorang akan hantarkan ke bilik korang.

Antara menu sarapan pagi Hotel Plaza yang super sedap hihi waluapun tak banyak sangat menu yang disediakan tapi penyediaan nya dan rasa memang sedap..

Pada yang merancang untuk stay di Hotel Plaza pastikan anda booking hotel awal dan pilih bilik yang selesa untuk anda.

Hotel Plaza
Jalan Raja Laut,
50350 Kuala Lumpur.
Tel: 03-2698 2255

Till Next Entry ye!!
Salam Sayang

SNF Boutique Opening

Assalammualaikum w.b.t

SNF Boutique Opening| Sabtu 28 Mac 2015 yang lepas SNF Boutique mengadakan satu majlis pembukaan butik dibawah nama SNF Boutique. SNF Boutique merupakan butik vendor yang bercollaboration dengan Shiningsshop dan Myfriendlyshop.

Alhamdulillah rezeki ahli KBBA, kami dijemput untuk ke Majlis Pembukaan SNF Boutique di Bandar Baru Bangi. Wow!! pelanggan setia SNF Boutique  punya lah ramai. Tak henti-henti orang datang sempena pembukaan SNF Boutique. Harga yang ditawarkan sangatlah murah dan kualiti tetap sama terbaik!!.. Pada yang tak berkesempatan nak datang SNF Boutique  semasa pembukaan cepat-cepat serbu SNF Boutique  di Bandar Baru Bangi.

Antara menjadi tarikan pelanggan SNF Boutique  adalah kasut Jelly yang super comfortable dan sangat best.. Harga nya pun tak mahal, harga mampu sangat milik. Selain itu korang boleh dapatkan pelbagai barangan lain di SNF Boutique seperti dress, jubah, shawl, handbag, perfume dan SNF Boutique  merupakan butik cafe.

Akhirnya dapat jugak kasut jelly ku...ermm besttt nya.. sangat selesa kot.. kasut Jelly ni dari Shiningsshop tau.. harga nya sangat berpatutan tau..

Ini lah owner SNF Boutique dan Shiningsshop sangat peramah
dan tahniah dear for opening SNF Boutique

Harga kasut yang ditawarkan sempena pembukaan Butik serendah RM10 jew tau..
Dan kasut Jelly berharga RM25 tau..

Ada pelbagai makanan yang dijual, samada dry dan basah.

Ahli KBBA bersama owner SNF Boutique

Jangan lupa untuk serbu SNF Boutique tau!!!

SNF Boutique
Location: 2nd Floor, 6-35-3, Bangi Sentral,
Jalan Medan Pusat Bandar 8,
Bandar Baru Bangi.
(belakang Radiusite dan Al-ikhsan)
Tel: +60188733639 / +60133207185

Open: Tue-Sunday
Time: 10am until 8pm
closed every Monday

Instagram: SNF BOUTIQUE

Till Next Entry ye!!
Salam Sayang

GROUPON WEBSITE SHOPPING MURAH

Assalammualaikum w.b.t

Morib: Theme Park Resort... Murah pakej yang disediakan oleh Groupon .. Hanya RM88.00 korang boleh stay kat Gold Coast Morib International Resort: 2D1N Stay for 2 People in Studio Suite with Water Park Tickets & Activities. Murah tau.. sebelum ini mrsyanie dapat pakej tak semurah ini. So apa lagi cepat sambar...

Apa lagi bagi yang nak bercuti sebelum gst ini.. ini lah masa nya hihih.. lepas gst pun masih boleh bercuti hihi.. saja je kan..

klik link bawah untuk dapatkan maklumat lanjut..

Web site : http://getaways.groupon.my/en/deals/719933841

Happy Holiday

Till Next Entry ye!!
Salam Sayang

Coconut Shake

Assalammualaikum w.b.t

Coconut shake punya pasal, habis pusing satu Tanjung Malim tau cari..hihih tetiba lak teringin nak coconut shake.. atau air kelapa goncang ... Macam pelik je kan ditukarkan dalam bahasa..dah penat pusing tak apa lah redha..bukan rezeki malam tu kan..mrlaling punya sayang bini sangup dok pusing Tanjung Malim mencari..hihi sapa tak sayang bini kan..

Akhirnya dapat kat cafe dalm UPSI ni jew pun..Dekat cafe sebelah Pusat Islam dan sebelah Blok 04 Fakulti Sains dan Matematik...jenuh dok mencari..siap tanya kawan-kawan ni kat mana ada jual coconut shake..terima kasih korang siap ada yang bagi resepi nak buat coconut shake lagi..muaaahh cayunk korang...

taraaaa.... coconut shake..

Nak resepi tak??nanti mrsyanie share kan ye..

Till Next Entry ya!!
Salam Sayang

Segmen Bloglist & Blogwalking Rafzan Tomomi Story ’15

Assalammualaikum w.b.t

Naper mrsyanie suka join segmen??? segmen adalah salah satu aktiviti blogger bagi mperkenalkan blogger lain. Jadi tak salah kita sama-sama membantu blogger lain dalam dunia blog.. happy join ok..

Klik Pada Gambar Kalau Nak Join :)

Syarat-syarat mudah saje :
• Buat entri yang bertajuk "Segmen Bloglist & Blogwalking Rafzan Tomomi Story '15 " & backlink ke entri ni.
• Follow blog Rafzan Tomomi Story '15 (ade dekat side bar [Kawan-Kawan Kite] )
• Like di page facebook [Rafzan Tomomi Story '15
• Follow Instagram [rafzantomomi
• Add to Circle Google+ [Rafzan Tomomi]
• Klik ler iklan Nuffnang di blog ni. :D
• Lebih senang copy je la link di bawah ni & paste kat entri korang tu :

Klik Pada Gambar Kalau Nak Join :)

Syarat-syarat mudah saje :

Buat entri yang bertajuk "Segmen Bloglist & Blogwalking Rafzan Tomomi Story '15 " & backlink ke entri ni.

Follow blog Rafzan Tomomi Story '15 (ade dekat side bar [Kawan-Kawan Kite] )

Like di page facebook [Rafzan Tomomi Story '15]

Follow Instagram [rafzantomomi]

Add to Circle Google+ [Rafzan Tomomi]

Klik ler iklan Nuffnang di blog ni. :D

Lebih senang copy je la link di bawah ni & paste kat entri korang tu :

Dah selesai semua diatas, sila Tinggalkan URL Entri korang dekat entri ini.

15 URL blog akan dipilih (3 dipilih oleh Rafzan Tomomi dan 12 lagi akan dipilih melalui random.org) dan akan diletakkan ke dalam page "#BLOGLIST". TOP 3 akan ada special banner dalam page tersebut dan akan muncul di side-bar blog Rafzan Tomomi Story '15. Keputusan 15 URL bertuah akan diumumkan pada 1 April 2015 (Rabu). Jom support kawan-kawan :)

• Dah selesai semua diatas, sila Tinggalkan URL Entri korang dekat entri ini

15 URL blog akan dipilih (3 dipilih oleh Rafzan Tomomi dan 12 lagi akan dipilih melalui random.orgdan akan diletakkan ke dalam page "#BLOGLIST". TOP 3 akan ada special banner dalam page tersebut dan akan muncul di side-bar blog Rafzan Tomomi Story '15. Keputusan 15 URL bertuah akan diumumkan pada 1 April 2015 (Rabu). Jom support kawan-kawan :)

Till Next Entry ye!!!
Salam Sayang

GST Good and Service Tax

Assalammualaikum w.b.t

Apakah itu GST?

GST merupakan singkatan bagi Good and Service Tax, atau dalam bahasa adalah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (CBP). Di beberapa negara ia juga dikenali sebagai Value Added Tax (VAT) atau Cukai Nilai Tambah. Ia bukannya kerajaan telah menambah lagi cukai sedia ada atau mengenakan cukai ke atas cukai.

SEGMEN BLOGWALKING BERSAMA DYLLAREZAN

Assalammualaikum w.b.t

Seronok gak join segmen blogwalking kan.. so jom kita memeriahkan lagi segmen blogwalking DYLLAREZAN tau!!

selamat mencuba..

Till Next Entry ya!!

Salam Sayang

Giveaway Cash RM500 2015 by Emas Putih

Assalammaualaikum w.b.t

[Sila Klik Banner Diatas If Nak Join]

Hadiah :
RM50 Cash x 10 pemenang
Hadiah Misteri Exclusively by Azanis x 3 Pemenang

Mula : 10 Mac 2015 | Tamat :24 Mac 2015

wish luck for me
Till Next Entry

Salam Sayang

FANPAGE

back off