Jom Klik

FEED EFG

Hong Kong Trip | Part 1 | KLIA2 | TIPS

Assalammualaikum w.b.t

Hong Kong Trip | Part 1 | Alhamdulillah dapat jugak menjejak kaki ke tanah Hong Kong (HK).. Sebenarnya agak teragak-agak jugak nak pergi sebab Mrlaling tak dapat ikut. Gagah kan juga lah dengan izin dari Mrlaling. Mrsyanie ke HK bersama dengan cousin. Kami berdua je tau. Memang travel backpacker lah hihi. Itinerary telah cousin Mrsyanie buat sebelum kami fly. Dapat pula tiket murah ke HK kan..


Bayou Coffeehouse @ Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya

Assalammuaalikum w.b.t

Bayou Coffeehouse| Semua dah lunch kew? Time Mrsyanie taip ni adalah waktu lunch hour tau.. Bukan apa teringat plak kat menu makanan tengahari kami ketika Blogger's Day Out 2015 yang lepas. Menu yang disediakan oleh Bayou Coffeehouse sangat lah sedap dan bertemakan masakan kampung. 

BLOGGER'S DAY OUTING 2015 @ Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya

Assalammualaikum w.b.t

BLOGGER'S DAY OUTING 2015| Alhamdulillah hari yang Mrsyanie nantikan dah tiba.. Aktiviti terbesar bloger-blogger dibawah naungan Kelab Bloger Ben Ashaari. Blogger's Day berlangsung pada 26 April 2015 bertempat di Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya


MEMANCING UDANG

Assalammualaikum w.b.t


MEMANCING UDANG| Pertama kali Mrsyanie teringin kot nak merasai memancing udang. Mrsyanie ni bukan lah penyabar orangnya, siapa suka memancing memang seorang yang penyabar. hihi.. Bukan minat sangat nak menunggu ikan atau udang makan umpan. Tapi kali ni serius teringin nak merasai macam mana memancing udang. Ada lah jugak ikut Mrlaling pergi memancing ikan, jadinya ada lah sket pengalaman merasai memancing ikan. Yang memancing udang baru pertama kali.hihihi ...Tempat memancing yang Mrsyanie pergi ni disediakan pancing dan umpan. Jadi datang bawa diri dan duit jew.

KBBA BLOGGER’S DAY OUT 2015

Assalammualaikum w.b.t


KBBA BLOGGER’S DAY OUT 2015| Alhamdulillah selamat pulang dari #HongKongMacauTrip. Tak sabar pulak rasanya nak ke KBBA BLOGGER’S DAY OUT 2015 pada:

Tarikh: 26 April 2015
Hari: Ahad



PROGRAM ZIKRA 'JELAJAH KASIH BERSAMA ASNAF' 2015 (PART2)

Assalammualaikum w.b.t



PROGRAM ZIKRA 'JELAJAH KASIH BERSAMA ASNAF' 2015 (PART2)| Siapa yang tak pernah bayar zakat??? uikk bahayanya.. hihih mesti ada yang bayar zakat kan. terutamanya wajib bulan Ramadhan, cuma masih ada lagi zakat yang perlu dituntut tau. Buat pengiraan jika anda layak membayara zakat, keluarkan lah zakat anda ye. 


FAST AND FURIOUS 7

Assalammualaikum w.b.t

FAST AND FURIOUS 7| Merupakan filem aksi terbaik 2015 yang Mrsyanie sangat ternanti-nanti.. Siapa tak tahu filem aksi yang super FF7 ni kan. Dari filem FF sehingga lah FF7 ceritanya sangat best dan memang terbaik lah.. Filem FF7 merupakan smabungan bagi filem FF6 dengan penuh aksi dan menerapkan elimen cinta, kekeluargaan dan semangat setia kawan. Filem FF7 antara filem 2015 yang sangat direkemen kan tonton.


PROGRAM ZIKRA 'JELAJAH KASIH BERSAMA ASNAF' 2015

Assalammuadiberiaikum w.b.t

PROGRAM ZIKRA 'JELAJAH KASIH BERSAMA ASNAF' 2015| Aturcara yang telah ditetapkan oleh pihak LZS padat dan terancang. Kami mulakan jelajah dengan penuh harapan dan semangat dalam membantu pihak LZS. 




Setiba nya Mrsyanie di LZS, kami diberikan sarapan pagi dan d beberapa taklimat bagi aturcara sepanjang Program ZIKRA 'Jelajah Kasih Bersama Asnaf 2015'. Dimulakan Jelajah dengan bacaan doa agar Program ini berjalan dengan lancar dan diberkati oleh Allah S.W.T. Kenderaan disediakan dan diiringi oleh Pihak Polis Diraja Malaysia bagi melancarkan program jelajah kali ini (syok rupanya ye diiringi dan sentiasa diberi laluan hihih best pengalaman ni). Kemana wang zakat anda??? Jom kasi jelajah..

Jelajah Pertama: Kompleks Asarama Anak-anak Asnaf Baitul Hasanah, Kg Perepat, Klang.





Kompleks asrama anak-anak asnaf ini dikenali sebagai Baitu Hasanah (Bait Al-Hasanah) yang bermaksud Rumah Yang Baik. Alhamdulillah, anak-anak disini baik dijaga dari segi makan minum, fasiliti, pendidikan dan pelbagai kemudahan lagi. Saluran zakat yang dikeluarkan oleh pengeluar zakat berhasil dan disalurkan dengan amanah yang dipegang oleh LZS. Inilah dia kepentingan kita sesama Islam mengeluarkan zakat mengikut kemampuan, seronok sangat melihat anak-anak disini diberi cahaya kehidupan kepada mereka

.







Tidak ketinggalan penggunaan Teknologi juga diterapkan bagi anak-anak disini bergerak maju secara seimbang dengan peredaran zaman. Disini ianya dipantau supaya pemikiran negetif teknologi tidak diterapkan dalam diri anak-anak disini. alhamdulillah..Moga mereka berjaya dalam kehidupan mereka dan sentiasa diberkati oleh Allah S.W.T. aamin...





Jelajah Kedua: Lawatan ke Butik D'Qaseh (Penerima bantuan zakat perniagaan)

Seterusnya kami dibawa melawat butik yang diusahakan oleh penerima zakat perniagaan Puan Siti Salbiyah Eksan. Modal perniagaan telah diterima dari LZS dan MAIS membantu dalam memberi kursus-kursus berkaitan perniagaan. Dengan penerimaan zakat perniagaan yang diterima, Puan Siti Salbiyah dapat membuka sebuah butik dengan hasil jahitannya sendiri.










 Alhamdulillah dengan hasil zakat yang dikeluarkan oleh pengeluar zakat dalam membantu Puan Siti yang merupakan ibu tunggal dalam menyara empat orang anak yang masih belajar. Sejuk hati melihat kegembiraan yang terpantar diwajah Puan Siti.. Alhamdulillah..



****oklah nnti Mrsyanie sambung jelajah seterusnya.. Nanti kan tau...yeahhh hihihhi



Till Next Entry ye!!
Salam Sayang
















PROGRAM ZIKRA 'JELAJAH KASIH BERSAMA ASNAF' 2015 (ZAKAT)

Assalammualaikum w.b.t

PROGRAM ZIKRA 'JELAJAH KASIH BERSAMA ASNAF' 2015| Rabu yang lepas Mrsyanie bersama-sama dengan family Kelab Blogger Ben Ashaari menyertai Program Zikra 2015 anjuran Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Satu pengalaman yang sangat bermakna dan syukur alhamdulillah Program Zikra berjalan dengan lancar. Mesti ramai yang tak tahu apa itu Program Zikra kan. Program Zikra merupakan Program jelajah bersama penerima zakat yang sentiasa dijalankan oleh LZS. Tak nampak program itu diadakan?? ha tu lah tak pernah ambil tahu kan program yang dijalankan oleh Lembaga Zakat. Inilah kepentingan sesama Islam kita mengeluarkan zakat walaupun sedikit tetapi besar maknanya buat penerima zakat tau. Memberi satu harapan dan impian kehidupan kepada penerima zakat, dan yang penting hidup kita diberkati oleh Allah S.W.T kan.. alhamdulillah..



Wajib berzakat?? Yup bagi Umat Islam yang memenuhi syarat tertentu wajib untuk memgeluarkan zakat samada zakat perniagaan, zakat pendapatan, zakat emas dan sebagainya. ha bukan sahaja zakat fitrah bulan Ramdhan sahaja. Moga dengan wang zakat yang dikeluarkan dapat membantu sesama Islam kita dan moga kita diberkati oleh Allah S.W.T dunia dan akhirat. 

Susah nak pi bayar zakat? cam mana nak kira berapa zakat yang perlu dikeluarkan?? Sekarang zaman serba canggih dan moden. serba berteknologi. LZS telah melancarkan aplikasi e-Zakat, hanya carian di 'Play store' dengan menaip ''EZAKAT''. Hanya download dan dalam aplikasi eZakat tersebut pelbagai fungsi yang ada. Cara mengira zakat, dan yang paling best korang boleh membantu menyalurkan maklumat kepada pihak LZS untuk mengenalpasti penerima zakat. Dan memudahkan korang nak bayar zakat, LZS juga menyediakan EZakatPay, potongan gaji, mini kaunter, lori kaunter bergerak dan pelbagai kaedah lagi. So tak ada alasan kan untuk korang mengeluarkan zakat, daripaa korang bayar cukai pendapat kan...hihihii Bagi Mrsyanie, pihak pentadbiran akan menguruskan pengiraan dan potogan gaji setia bulan, sangat mudah!!!





Korang juga boleh layari website LZS atau datang terus ke Lembaga Zakat Selangir untuk dapatkan segala maklumat dan panduan. Pihak LZS akan membantu anda.. Insya-Allah.. 

Lemabag Zakat Slangor (MAIS)
Bangunan Zakat Selangor
3-01-1, Persint ALAMi, Pusat Perniagaan,
Worldwide 2, Persiaran Akuatik, Seksyen 13,
40100 Shah Alam, Selangor darul Ehsan.

Tel: +03-5522 7700
Faks: +03-5522 7722
Talian Zakat Selangor: 1-800-88-5353
Website: http://www.zakatselangor.com.my/



Selamat berzakat.


Till Next Entry ye!!
Salam Sayang






DESIGN PHOTOBOOTH

Assalammualaikum w.b.t


DESIGN PHOTOBOOTH| Alhamdulillah akirnya dapat gak menghasilkan photobooth hasil tangan Mrsyanie dan adik beradik yang lain. Seronok bler tengok ramai yang dok snap gambar di photobooth hasil kreatif sendiri kan.. Tapi tak lah kreatif mana takat cun macam Nora danish jew..hahhaha... ok sap lagi nak pujikan hihih...





Dalam cawan kaca tu ada gula-gula..ha tu lah tumpuan budak-budak..
cepat je habis..alhamdulillah..


wah sah sah ada budak-budak main kat board ni..hihihi 
nasib tak letak kapur kna..
kalu tak habis kne conteng..hihih 









Idea bagi Guest Book oleh Pengantin dan bagi photobooth idea Mrsyanie, Mrlaling, family dan kawan-kawan hihih.. Kebanyakkan barangan yang digunakan adalah yang sedia ada dirumah dan barang-barang yang boleh diguna semula.  Jika boleh bagi bakal pengantin kenalpasti konsep dan keluarkan idea berasaskan sumber yang sedia ada bagi menjimatkan kos perkahwinan anda.  Moga entry kali ini bakal pengantin akan mendapat idea untuk menghasilkan photobooth dan guest book yang menarik tetapi berbajet. :)

 Tema: Garden style
Warna: Hijau Pink
Bajet: RM 60.++


Barang yang dibeli hanya:
1) Ribon
2) Manik silver (2meter sahaja)
3) Kertas warna
4) Stiker comel
5) Alas rumput (rm2.50 /unit)





Till Next Entry ye!!!
Salam Sayang




PURPLE DAY

Assalammualaikum w.b.t

PURPLE DAY| 10 April yang lepas birthday abah Mrsyanie.. Happy birthday abah, moga diberi kesihatan yang baik dan sihat, dmurahkan rezeki, sentisa diberi petunjuk dan hidayah, dilindungi  dan diberkati  oleh Allah S.W.T. aamin..muuuaahahh sayang abah...


Hari itu jugak adik ipar Mryanie nikah. Birthday Abah dah buat siap-siap majlis nya, alhamdulillah sume berjalan dengan lancar. Time untuk fokus wedding adik ipar jew.. 10 April selamat adik ipar Mrsyanie menjadi isteri orang. Alhamdulillah.. Selamat pengantin baru Acu. Moga dmurahkan rezeki dan ikatan suami isteri korang berkekalan hingga akhir hayat aamin. Majlis sanding berlangsung pada 11 April. Same date plak dengan birthday Adam a.k.a anak buah Mrsyanie. hihih Happy birthday jugak sayang Adam..Moga menjadi Anak yang Soleh dunia akhirat ye..


Majlis persandingan dijalan kan di Dewan orang ramai Kampung Sawa, Slim Village, Slim River, Perak. Tema majlis adalah hijau purple. Family semua pakai warna ungu. Memang purple day lah hari itu sebab kebetulan family Mrsyanie datang pun pakai baju purple. Ikut tema sungguh hihih


































Last sekali my selfie..hihih pergg memang best handset OPPO ni..hihih suka suka..Tq Mrlaling hadiah kan handset OPPO kesukaan ni..demi wife nak jalan Hong Kong dan wife yang suka selfie ahhaha...




Selamat Pengantin Baru Atika & Hasnul.

Till Next Enrty ye!!
Salam Sayang


CENDOL SUNGKAI

Assalammualaikum w.b.t

CENDOL SUNGKAI| Ahad lepas lepas Mrsyanie dah family mertua bawa lah bakal pengantin fitting baju kahwin diorang. Rupanya kat Sungkai terdapat butik Pengantin yang sangat cantik baju-baju nya. Rasa nak sanding lagi sekali je tengok baju pengantin tau.. Dapat buat photoshoot dengan gaun Kahwin pun bestnya..hihih  Bukan nak cter pasal baju kahwin, tapi nak cerita pasal Cendol Melayu yang super sedap di Sungkai. Mrsyanie kurang sket makan Cendol Mamak, tapi suka Cendol. 

Siapa suka makan Cendol? tak tak suka Cendol mamak?? Kat Sungkai terdapat Cendol yang dijual oleh orang Melayu. Ye, tak salah cendol mamak, tapi ada sesetengah orang agak kurang dengan Cendol mamak. Jadi tak perlu risau dah, 1st time jumpa Cendol Melayu. Warung ini bukan sahaja menjual Cendol tapi ada pelbagai lagi menu yang sedap..ermm super lah..


CENDOL JAGUNG


CENDOL PULUT

CENDOL KACANG

CENDOL BIASA





INI lah antara menu lainyang terdapat di warung. Antara menu nya adalah nasi berlauk, mee kari, laksa, bihun sup, rojak, goreng pisang cheese dan sebagainya. Kawan Mrsyanie bagitahu warung ini kalu hari cuti sangat ramai pengunjung dan menjadi spot place bagi pengunjung yang inginkan cendol. Snagat sedap dan bertambah sedap minum ketika cuaca panas terik.. nyummm...



BIHUN SUP
MEE KARI & LAKSA








 Mesti tertanya kan apa nama warung ini. Landmark: Sebenarnya warung ini tak diletakkan nama, tetapi mudah sangat nak tahu tempat ini. warung ini terletak depan masjid Sungkai dan betul-betul tepi jalan. Diorang menggunakan konopi putih untuk warung ini. Kalau dari Utara, warung ini sebelah kiri jalan dan sign yang bertulis Lauk Campur.



MASJID SUNGKAI




Lokasi: Depan Masjid Sungkai, Sungkai, Perak

selamat mencuba!!


Till Next Entry ye!!
Salam Sayang





FANPAGE

back off