Jom Klik

FEED EFG

Fikcles Cafe

Assalammualaikum w.b.t


Fikcles Cafe| Antara cafe hipster yang sangat menarik dan menjadi tumpuan ramai terutamanya waktu makan tengahari di Taman Tun Dr Ismail. Memang sangat ramai yang datang, Mrsyanie kebetulan ada review dikawasan berhampiran. Datang untuk makan tengahari. Dari luar cafenya sangat sempoi tetapi didalam penuh dengan pelanggan. Nasib baik ada meja untuk Mrsyanie makan, dapat juga merasa kehebatan masakan di Fikles cafe.



Fikcles Cafe

Masuk sahaja ke Fikcles Cafe teruja dengan setiap deko yang disediakan dan setiap kerusi meja disini tidak sama. Ada kelainan sedikit di Fikcles Cafe. Tak sabar pulak Mrsyanie nak merasa kehebatan masakan disini bila melihat ramai yang datang untuk menikmati hidangan disini. Tidak kira bangsa dan status, maksud Mrsyanie, pelajar pun datang untuk menikmati juadah yang ada disini tau.




Jom kita tengok pula menu yang disediakan disini, adakah ada kelainan atau sama seperti cafe yang lain. Ternyata ada kelainan terutamanya mereka ada menu minuman yang bernama The Taipping Tapir. Rasanya cam mana pula kan, jadinya kami pun order lah satu. Menu makanan pula lebih kepada masakan barat tetapi jangan risau masih ada yang berunsurkan masakan nasi.




Jom tengok menu apa yang Mrsyanie order:



Monte Cristo RM 18.90


Nasi Ayam Hainan Set RM 12.90




The Taipping Tapir RM 9.90

Milkshake Craze - Snow White


Kalau korang nak tahu,  Fikcles Cafe mempunyai satu kelainan tau. Ada hari tertentu siap ada live band yang akan mengiring korang sambil makan dan ianya berlangsung pada waktu malam. Korang boleh follow instagram atau website diorang untuk dapatkan tarikh live band. Selain itu, Fikcles Cafe ada buat menu promosi yang berlangsung bermula jam 12 pm sehingga 3 pm bagi menu Nasi Ayam Hainan Set atau Chili Con Carne with Sausage Burrito yang berharga RM12.90 setiap set. Diorang sediakan sekali dessert dan ais lemon teh yang boleh refill tau.

Rasa masakan memang sangat sedap dan puas hati dengan harga. Sedap sangat dan Mrsyanie nak datang lagi untuk merasai menu yang lain pulak. Memang puas hati!! Selamat mencuba.

Fikcles Cafe


Alamat: 11, Jalan Wan Kadir 2, Taman Tun Dr Ismail,

              60000 Kuala Lumpur, 
              Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia. 

Telefon: +60 3-7732 4885 
Waktu Operasi: 10:30 AM – 11:00 PM

Website: www.fikcles.com
Instagram: Fikcles Cafe




Till Next Entry ye!!!
Salam Sayang

4 comments:

  1. Sedapnye menu tu kak yanie..terliur kite tengok ni haaa..

    ReplyDelete
  2. Menarik. InsyaAllah akan menerjah nanti.

    ReplyDelete
  3. Ala sedapnya Milkshake Craze - Snow White tu....kena pergi ni huhu...

    ReplyDelete

FANPAGE

back off