Harga Tiket LEGOLAND® Malaysia

Assalammualaikum w.b.t

LEGOLAND® Malaysia | Legoland Malaysia merupakan sebuah taman tema bertemakan LEGO yang dibuka di Nusajaya, Johor pada 15 September 2012. Taman tema ini terdiri daripada Hotel, Theme Park dan Water Park. Keluasan LEGOLAND® Malaysia berukuran 5,500,000 kaki persegi luasnya.  Ia juga merupakan taman tema LEGOLAND® Malaysia yang pertama pernah dibuka di Asia semenjak penubuhannya. 

LEGOLAND® Malaysia


LEGOLAND® Malaysia adalah destinasi percutian keluarga yang sangat sesuai malah sesuai jugak untuk riadah bersama rakan-rakan. LEGOLAND® Malaysia terdapat 2 jenis iaitu Taman Tema dan Taman Air. Kedua-dua lokasi ini bersebelahan tetapi berasingan pintu masuk dan keluar. Yang pasti kedua-dua nya sangat best dan enjoy, jangan risau orang dewasa pun boleh main tau bagi permainan yang terpilih.


Taman Tema, LEGOLAND® Malaysia

LEGOLAND® Malaysia mempunyai tujuh kawasan bertema tarikan untuk semua peringkat umur seperti The Beginning, LEGO Technic, LEGO Kingdoms, Imagination, LEGO City, Land of Adventure dan Miniland



Antara yang menjadi pilihan Mrsyanie adalah Miniland. Dengan keunikkan setiap bentuk yang diperbuat daripada LEGO menjadikan ia sebagai satu keunikkan. Ianya terletak ditengah Taman Tema. Miniland ini merupakan satu mercu tanda Asia yag telah dicipta menggunakan lebih 30 juta bata LEGO. Semua taman tema yang disediakan sangat menarik dan enjoy sanga Mrsyanie main tau. Rasa tak puas sangat, wajib datang balik ni. hihi..

Taman Air, LEGOLAND® Malaysia

Taman Air LEGOLAND® Malaysia mempunyai lebih daripada 20 slaid dan tempat daya tarikan berasaskan air dan mempunyai 70 model LEGO. Memang agak berbeza kerana keunikkan taman air nya dari segi struktur permainan dan konsep yang diterapkan. Antara keunikkan taman tema air di LEGOLAND® Malaysia ialah:

Tak sabar Mrsyanie nak kongsikan setiap gambar yang menjadi kenangan dan pengalaman terindah buat Mrsyanie. Nah Mrsyanie kasi sedikit video promosi LEGOLAND® Malaysia.


Tiket LEGOLAND® Malaysia









Jangan bimbing sebab sempena sambutan Tahun Baru Cina, LEGOLAND® Malaysia tengah jalankan promosi khas buat semua pengunjung:

1) ''Bring a Friend for Half the Price 

Promosi ini sah dari 12 Jan - 5 Feb 2016.
- Membawa kawan bersama untuk dapatkan separuh harga.
- Korang juga akan menerima hadiah limited edition Lunar New Year Commemorative brick

2) Beli ''3 percuma 1'' pas tahunan.
- Promosi sah dari 12 Jan - 29 Feb 2016.

3) Retail promotion 
- Promosi sah dari 5 Feb - 14 Feb 2016.
- Dengan pembelian mana-mana produk LEGO akan menerima paket angpow LEGO dan hadiah monyet ekslusif. 

4) Pemegang kad Maybank
- Kepada pemegang Kad Maybank boleh menerima potongan sebanyak RM60. apabila membeli minimum 4 tiket LEGOLAND® Malaysia.
- Juga layak mendapat limited edition Lunar New Year brick. 


Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan:

LEGOLAND Malaysia


Alamat: 7, Jalan LEGOLAND, Bandar Medini Iskandar Malaysia, 
            Johor Darul Takzim, Malaysia, 79250 Nusajaya

Telefon:  +607 597 8888 

Email: info@legoland.my


Website: www.legoland.my 
Instagram: www.instagram.com/legolandmalaysia
Facebook: www.facebook.com/legoland.my 


Till Next Entry ye!!!

Salam Sayang

Labels: , , , , ,