Jom Klik

FEED EFG

Bengkel Fotografi Kelab Blogger Ben Ashaari Bersama Adhadi Mohd

Assalammualaikum w.b.t

Bengkel Fotografi Kelab Blogger Ben Ashaari Bersama Adhadi Mohd | Akhirnya dapat jugak Mrsyanie berjumpa dan bersemuka dengan sifu photographer iaitu En. Adhadi Mohd. Lejen ni, Mrsyanie kenal sewaktu aktif dalam dunia photographer dulu. Sekarang dah pencen buat seketika sebab tak berkesempatan nak join outing dan sebagainya.

Bengkel Fotografi Kelab Blogger Ben Ashaari Bersama Adhadi Mohd


Bengkel yang berlangsung di Agrofarmstay @ Skill-Tech yang terletak di Durian Tunggal, Melaka. Bengkel yang disertai seramai hampir 30 orang blogger diberi penekanan cara yang betul dan posisi yang terbaik dalam mengambil gambar. Yelah setiap blogger jika ada job review mesti nak kena ambil gambar kan. Jadinya fokus utama bengkel ini bagi membantu paa blogger khususnya dari Kelab Blogger Ben Ashaari mempelajari ilmu fotografi.



Walaupun Mrsyanie pernah berada dalam bidang fotografi tetapi ilmu setiap hari pasti ada yang baru untuk dipelajari. Alhamdulillah kamera handset juga merupakan salah satu gajet dalam fotografi. Jadi walaupun korang tiada kamera dslr tetap perlu tahu cara dan mempelajari ilmu fotografi. Best sangat dapat memperbetulkan cara posisi pengambilan gambar yang terbaik. Kami bukan belajar teori sahaja tetapi lebih kepada praktikal. 




Dah belajar mengenai cara pengambilan gambar yang terbaik dan fungsi setiap icon di kamera dslr. Perlu jugak tahu beberapa perkara asas dalam editing. Yelah kekadang lokasi event yang perlu direview tidak mempunyai cahaya yang mencukupi jadinya ini lah fungsi bahagian editing. 


sebelum dan selepas editing


Korang selalu edit guna software apa ye? Mrsyanie suka guna Photoshop. Tapi tak pernah tahu kekuatan photoshop dalam editing. Sekali dapat CD dari sifu En.Adhadi Mohd yang bertajuk ''Kursus Asas Photoshop CS5'', banyaknya Mrsyanie tak ketahui. Memang mudah untuk korang paham setiap ilmu editing yang disampaikan. Tak caya? try beli CD Sifu En.Adhadi Mohd. Baru tahu luasnya ilmu editing ni.hihi Mrsyanie dah ada 2 CD dari sifu En.Adhadi Mohd tau, satu CD yang bertajuk ''Video Tutorial Adobe Photoshop Lightroom 4'' dan ''Kursus Asas Photoshop CS5''. Memang tak rugi kalau korang beli CD dari En.Adhadi Mohd. Tak sabar pulak tunggu CD pembelajaran yang terbaru, katanya ada lagi CD terbaru akan keluar. 



Untuk sebarang pertanyaan:

Website: www.adhadi.com





Till Next Entry ye!!!
Salam Sayang

6 comments:

FANPAGE

back off