Jom Klik

FEED EFG

Mamat Khalid Buat Sarang

Assalammualaikum w.b.t

Cafe Mamat Khalid |  Sarang Art Hub | Baru berkesempatan untuk Mrsyanie kongsikan bersama food hunter sebelum Mrsyanie fly ke Vietnam. Siapa yang tak kenal dengan Mamat Khalid, pengarah filem yang terkenal dengan Filem Hantu Kak Limah Balik Rumah dan banyak lagi filem lain yang memang meletops. 


Sarang Art Hub

Sarang Art Hub merupakan hasil dari perlawaan Majlis Daerah Tanjung Malim (MDTM) kepada Mamat Khalid bagi membangunkan Rumah Rehat Tanjung Malim sebagai satu lokasi pusat seni atau Art Hub. Kenapa diberi nama ''Sarang''? Mrsyanie pun tanyakan terus kepada Owner Sarang Art Hub iaitu Mamat Khalid kenapa perlu ''Sarang''. Sarang merupakan pusat pengumpulan atau tumpuan bagi sesuatu kehidupan, jadi Sarang Art Hub dibina bagi mengumpul anak-anak seni yang menjadi pelapis generasi akan datang dalam bidang seni. Ikutkan bila terpikir 'Sarang', bila disebut dalam bahasa Korea adalah sayang/i love u/aku cinta kamu.



Apa yang menarik di Sarang Art Hub? Disini mereka masih mengekalkan konsep Rumah Tetamu lagi, jadi nya korang boleh sewa disini jika datang ke Tanjung Malim dan paling menarik ianya menekankan konsep seni dalam cafe nya. Sambil korang makan boleh layan lagu yang akan dimainkan oleh anak seni. Dengan ada nya Sarang Art Hub tidak lah remaja kini leka dengan aktiviti lepak yang tiada faedah. Jom layan beberapa gambar hasil seni lukisan dan barangan antik yang terdapat di Galeri Sarang Art Hub.



Lepas layan lukisan seni dan barangan antik di Galeri Sarang Art Hub, jom kita makan sambil layan muzik. Waktu Mrsyanie datang, ada persembahan muzik seruling. Sangat santai dan tenang sahaja dengan bunyi tiupan seruling yang sangat indah.




Sarang Chezy Chicken RM 14.00

Chicken Chop RM 12.00

Chicken Tender RM 12.00

Kalau korang datang sini wajib rasa Chicken Chop dan Mee Goreng Mamak. Ianya menjadi menu feveret pelanggan yang datang. Mrsyanie dengan adik beradik waktu tu dah kenyang makan, jadi kami ambil semua jenis Chicken Chop untuk merasa. Memang sedap dan puas hati. Kami siap dapat jumpa chef nya lagi, muda orangnya tetapi teror masak. hihi

Untuk Maklumat Lanjut:

Datang Tanjung Malim jangan lupa untuk singgah dan merasainya sendiri masakan dan suasana di Sarang Art Hub.

Alamat : Sarang Art Hub, Rumah Rehat Tanjung Malim.
Email: sarangarthub@gmail.com


Till Next Entry ye!!!
Salam Sayang

6 comments:

  1. macam sedapppp je makanan heheheh

    ReplyDelete
  2. nampak sedap tu..yums..nk try juga la nanti kalau ada kesempatan

    ReplyDelete
  3. Hipsterrrrr... Nak serang laaaa...

    ReplyDelete
  4. Madu tentu ade kat sarang ni. Jom reramai ambus

    ReplyDelete

FANPAGE

back off