Ho Chi Minh City | Vietnam | Day 1

Assalammualaikum w.b.t

Ho Chi Minh City | Vietnam | Day 1 | Alhamdulillah sampai jugak Mrsyanie ke Vietnam, Negara yang terkenal dengan lokasi shopping khususnya pelbagai jenis kain. Wah awal tahun je dah Mrsyanie kasi cop pasport kan. 

Penerbangan AirAsia 


Lama dah Mrsyanie rancang nak terjah Vietnam, antara negara Asean yang wajib terjah bagi yang suka shopping. Mrsyanie kali ini pergi melalui travel agent tetapi ada lah sket ala-ala backpackers. Ala-ala backpacker ni lebih kepada makan tidak termasuk pakej dan korang leh plan nak ke mana. Kemana lagi tempat shopping lah kan hihi. Mrsyanie terbang dengan AirAsia seperti biasa tapi sepatutnya kami di terbangkan oleh Vietnam Airline tetapi ada beberapa masalah teknikal yang tak dapat dielakkan. Tak kisah lah janji sampai ke Vietnam kan. hihi..

Perjalanan kami memakan masa selama hampir 2 jam (lebih kurang 1jam 45 minit). Flight Mrsyanie dari Kuala Lumpur jam 11.20 pagi AK 526 dan balik pula pada 10 Jan 2016 jam 12.45 Petang (waktu Vietnam) AK527. Disebabkan flight pergi kami agak pagi, jadi makan makan tengahari dalam flight sahaja. Mrsyanie order Shepherd's Pie Set dan Mrlaling pula Thai Basil Chicken with Rice.




Dah nama blogger yang memang suka food hunter kan. Jadi dalam flight pun nak food hunter gak hihi. Mrsyanie sangat suka dengan Shepherd's Pie Set tapi agak kurang dengan rasa Thai Basil Chicken with Rice. Mungkin selera tekak Mrsyanie.  Shepherd's Pie Set memang selera tekak Mrsyanie, sedap sangat cam tak puas makan 1 pek tau hihi.

Kami sampai Lapangan Terbang Ho Chi Minh City jam 2 petang tapi kalau waktu Vietnam jam 1 petang. Vietnam dan Malaysia waktu hanya Vietnam lewat 1 jam dari waktu Malaysia. Alhamdulillah cuaca sepanjang perjalanan kami baik dan penerbangan dalam keadaan yang selesa. Nanti kan entry perjalanan kami di Vietnam tau.


Till Next Entry ye!!!
Salam Sayang

Labels: , , , ,