Ho Chi Minh City | Vietnam | Bến Thành Market

Assalammualaikum w.b.t

Ho Chi Minh City | Vietnam | Bến Thành Market | Siapa yang suka shopping mesti tahu lokasi femes untuk shopping di Vietnam. Mana lagi kalau bukan Bến Thành Market yang terletak di town Saigon. Agak teruja jugak Mrsyanie sampai je Vietnam terus nak ke Bến Thành Market yang menjadi lokasi pertaman kami. Tetapi...

Bến Thành Market Vietnam

Bến Thành Market


Bến Thành Market merupakan pasaraya besar yang menepatkan penjual pelagai jenis barangan kering mahupun basah di pusat Ho Chi Minh. Bến Thành Market juga menjadi struktur terawal dan menjadi simbolik Saigon di Ho Chi Minh. Ianya menjadi pusat pelancongan yang terkenal di Vietnam.

Bến Thành Market, Vietnam

Bangunannya agak besar tetapi bukan bertingkat tau. Ianya seperti pasar seni tetapi pasar seni tetap ada tingkat atas, yang ini hanya tingkat bawah. Memang sangat ramai pelancong yang datang, malah warga Vietnam sendiri pun ramai. Memang menjadi pusat tumpuan shopping tetapi Mrsyanie tidak berapa gemar kerana penjual disini suka pegang-pegang untuk ajak kita shopping dengan diorang. Haihh mulalah Mrsyanie naik rimas dok pegang-pegang. Harga pula tidak lah terlalu murah, nak tawar pun takut sebab kang tak ambil kena makin hamun dalam bahasa Vietnam. hihi..

Jom usha apa yang ada dijual disni:


Bến Thành Market, Vietnam

Bến Thành Market, Vietnam

Bến Thành Market , Vietnam

Yang menarik disini korang boleh beli kain dan terus tempah baju terutamanya coat lengkap. Diorang boleh siapkan dalam 1-3 hari sahaja dan pastinya murah berbanding di Malaysia. Itu Mrsyanie nampak berbezaan harganya dan berbaloi jugak kalau nak buat tapi Mrsyanie tak buat pun sebab tiada keperluan untuk penggunaan coat.

Bến Thành Market,  Vietnam

Bến Thành Market, Vietnam


En. Azahar selaku tour guide kami dah pesan tak payah beli disini kerana kami belum merasai suasana pasar malam disini. Dia kata lagi murah, jadinya kami hanya pusing untuk lihat apa yang dijual dan usha jugak lah harga yang ditawarkan untuk dibuat perbandingan di pasar malam nanti. Barang dipasar malam sama je dengan di Bến Thành Market tetapi pastikan tak dapat yang bukan original. Sebab mungkin waktu kita tengok yang lain, dah beli dia bagi yang lain. Bukan dekat nak tukar balik, jadi pastikan barangan korang sebelum balik.

travel, Bến Thành Market, Vietnam


Maaf lah ye gambar banyak blur sebab kalut dok reramai kat situ, dengan orang nak lalu lagi kan. Tapi 1 je pesan Mrsyanie, korang sampai sini pastikan korang survey dulu harga sebab ada lagi yang murah korang boleh dapat. Pastikan bila korang nak beli jangan lupa tawar. Jangan pula korang tawar bagai nak rak tapi tak ambil pulak jika harga dah habis murah kan. 

Bến Thành Market  waktu operasi:


Kemudian diorang akan bersiap pula untuk buka pasar malam. Kebanyakkannya barang yang sama diorang jual di pasar malam. Nantikan Mrsyanie cerita part pasar malam pulak ye.  

Info tambahan:
Dari hotel Happy Inn ke Bến Thành Market jika naik teksi, tambang yang dikenakan dalam lingkungan 14,000.00 Vietnamese Dong hingga 27,000.00 Vietnamese Dong. Pastikan pemandu teksi ikut meter tau. 



Till Next Entry ye!!!
Salam Sayang

Labels: , , ,