Jom Klik

FEED EFG

Ho Chi Minh City | Vietnam | Pasar Malam Bến Thành

Assalammualaikum w.b.t

Ho Chi Minh City | Vietnam  | Pasar Malam Bến Thành |  Yeahh kalau korang nak tahu Pasar Malam Vietnam ni lah yang menjadi tarikan pelancong yang datang terutamnya yang nak shopping. Harga memang murah !! 


Hadapan Bến Thành ini lah terletaknya
lokasi Pasar Malam Bến Thành

Pasar Malam Vietnam



Pasar malam (night market) mula dibuka pada jam 7.00 petang waktu Vietnam. Selepas jew Bến Thành Market tutup, semua peniaga sibuk dengan pembukaan pasar malam pula. Pasar malam Bến Thành lebih meriah berbanding dengan Bến Thành market kerana ianya sangat besar, 2 lorong pasar malam yang dibuka. Nah tengok video peniaga Vietnam mula setup gerai mereka.



video

Membawa barangan yang dijual di Pasar Malam Vietnam

video



Dengan menggunakan motorsikal

Sumber gambar: travel.detik.com

Disini pelbagai jenis jualan terutamanya barangan kering seperti kasut, pakaian, hijab, beg dan sebagainya. Sepanjang pasar malam Bến Thành korang akan didatangi dengan peniaga cenderahati jalanan. Diorang sangat fasih berbahasa Melayu tau. Mrsyanie tertarik dengan seorang peniaga wanita yang baru berusia 13 tahun tetapi semangat berjalan menjual cenderahati. Yang paling menarik adalah dia pandai dan fasih berbahasa Melayu, sempat jugak Mrsyanie tanya dimana dia belajar bahasa. Jawabnya dari rakan-rakan Vietnam yang fasih berbahasa Melayu. 

Mrsyanie dan Mrlaling sempat lah jugak sambar kasut dan sandal. Mrlaling beli kasut sukan jenama Adidas denga harga rm101.00 dan Mrsyanie pula sandal Nike RM50.00 sahaja.

Korang kena pandai tawar menawar dan pastikan barangan yang diberikan sebelum korang pulang ok. Pesanan dari orang Vietnam sendiri tau hihi. Dia pesan pastikan korang cek barangan yang dibeli sebab ada kes penipuan, barangan yang dipaparkan original tetapi bila beri barangan yang telah dibayar, baginya yang tak original. Jadi berhati-hati dalam membeli barangan.

Pasar Malam  Bến Thành


Lokasi: Sekitar (keliling)  Bến Thành Market
Waktu operasi: 7 petang- 11 malam (waktu Vietnam)
                      
** Tetapi ianya bergantung kepada peniaga, ada yang sehingga jam 2pagi waktu Vietnam.


Boleh jugak klik entry dibawah:




Till Next Entry ye!!!
Salam Sayang

6 comments:

  1. Lama tak gi Ho Chi Minh. Rasa rindu plk bila baca entry yanie ni

    ReplyDelete
  2. seronok kan kat sini..masa akak pi dulu tukar duit dollar...memang bertambah bag...padahal pi satu bag je

    ReplyDelete
  3. skang semua kena hati2, x kire kat mane kan..

    ReplyDelete

FANPAGE

back off