Ho Chi Minh City | Vietnam | Hotel Pilihan

Assalammualaikum w.b.t

Ho Chi Minh City | Vietnam | Hotel | Hotel yang Mrsyanie stay sewaktu percutian di Ho Chi Minh City, Vietnam adalah Hotel Happy Inn. Ianya terletak hampir 1km daripada Bến Thành Market. Mrsyanie nak kongsikan dengan korang jugak antara hotel yang mudah korang nak shopping, antara hotel yang terletak di Bến Thành Market.

Hotel Pilihan di Ho Chi Minh City , Vietnam 


Rupanya banyak hotel di Vietnam ni dan paling utama banyak jugak hotel yang berdekatan dengan Bến Thành Market. Sebelum tu, jom tengok dulu hotel yang Mrsyanie stay sepanjang 4 hari 3 malam di Ho Chi Minh City, Vietnam.

Happy Inn Hotel, Vietnam


Happy Inn hotelnya agak selesa jugak lah cuma ianya agak jauh sedikit dari lokasi shopping. Tapi tambang teksi dari hotel ke Bến Thành Market tak lah mahal sangat. Lebih kurang 14,000 hingga 27,000 Vietnam Dong. Harga pula bagi semalam adalah 22.50 Dolar US termasuk sarapan pagi tapi tak lalu pulak nak sarapan pagi kan sebab tak pasti halalnya.




Bagi yang masih belum ada penginapan untuk ke Vietnam krang leh usha antara hotel-hotel yang sempat Mrsyanie ambil gambar. Antara hotel sepanjang perjalanan Mrsyanie ke Bến Thành Market dari Hotel Happy Inn. Hotel dibawah ini korang kena jalan lebih kurang 5-10 minit jugak ke Bến Thành Market tetapi lebih dekat dari Hotel Happy Inn yang Mrsyanie stay.

HOTEL BLUE WIND

HOTEL TULIPS SAIGON

HOTEL LAVENDER BOUTIQUE

Di bawah ini pula hotel-hotel yang dekat dengan Bến Thành Market. Hanya 2-3 minit sahaja dari hotel ke Bến Thành Market. Yang sempat Mrsyanie tanya harga sewa hotel adalah Hotel Blessing 1 Saigon. Harga pakej yang disediakan oleh pihak hotel:

Alamat: 48-50 Nguyen AnNinh St, Ben Thanh Ward, Dist.1, Ho Chi Minh City, Vietnam.
No Telefon: (84.8) 38225898  atau 38225895
Email: sales@blessingsaigonhotel.com

Hotel Blessing 1 Saigon

Gambar yang terdapat dalam pamplet
Hotel Blessing 1 Saigon
Antara hotel yang berada dalam lokasi Ben Thanh, hanya 2-3 minit jalan ke Bến Thành Market:

Hotel Saigon Pink 2 

Hotel Alagon Western 

Silverland Hotel & Spa

Jadi harap ianya boleh menjadi panduan hotel yang korang nak stay dalam percutian korang. Nasihat Mrsyanie lebih baik stay hotel yang berdekatan dengan Bến Thành Market  kerana mudah korang nak shopping hanya turun bawah hotel sahaja. Bila malam di keliling Bến Thành Market  diorang akan buka pasar malam yang sangat besar dan murah. 

Nanti Mrsyanie sambung lagi entry seterunya.

Boleh jugak klik entry dibawah:



Till Next Entry ye!!!
Salam Sayang



Labels: , , ,