LEGO Monkey di LEGOLAND® Malaysia

Assalammualaikum w.b.t

LEGO Monkey di LEGOLAND® Malaysia |  Jumaat yang lepas berkesempatan Mrsyanie turut serta dalam perasmian dan penyerahan The Malaysia Book of Records dalam penghasilan LEGO Monkey terbanyak sempena Sambutan Tahun Baru Cina. Kenapa Monkey? Kalau siapa yang masih belum tahu Tahun ini merupakan Tahun Monyet dalam kalender Cina. 

LEGOLAND® Malaysia 



Pertama kali sebenarnya Mrsyanie sampai ke LEGOLAND® Malaysia, sampai je teruja sebab masuk je dalam Theme Park semua yang berasaskan dari LEGO. Teruja sangat apatah lagi Mrsyanie berkesempatan turut serta dalam Majlis Perasmian dan Penyerahan The Malaysia Book of Records dalam penghasilan LEGO Monkey terbanyak sempena Sambutan Tahun Baru Cina. 

LEGO Monkey di LEGOLAND® Malaysia
Sesi pendaftaran para media. 

LEGO Monkey di LEGOLAND® Malaysia 


Majlis dirasmikan oleh Dato 'Mirza Mohamad Taiyab, Ketua Pengarah Tourism Malaysia mewakili Ybhg. Tan Sri Dr Ong Hong Peng, Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan. Sempena Malaysia Book Of Records dalam penghasilan replika Monyet daripada Lego terbanyak, pihak media telah diberi peluang untuk mengambil bahagian dalam aktiviti pembinaan LEGO Monkey di mana LEGOLAND® Malaysia  mensasarkan untuk membina sebanyak 2016 replika Monkey daripada Lego. 

LEGO Monkey di LEGOLAND® Malaysia

“Lunar New Year is quite a special time for our visitors, and we wanted to make sure that they’d be in the mood for this special occasion even at LEGOLAND Malaysia Resort! It’s the perfect opportunity with the long weekend to come and celebrate at the park and hopefully our visitors will help us get into the Malaysia Book or Records with all their Monkeys, too,” Mark Germyn, General Manager of
 LEGOLAND Malaysia Resort said.''

LEGO Monkey di LEGOLAND® Malaysia

LEGO Monkey di LEGOLAND® Malaysia

LEGO Monkey di LEGOLAND® Malaysia


LEGOLAND® Malaysia turut menjemput semua pengunjung bermula 22 Januari sehingga 14 Februari 2016 menjadi sebahagian peserta dalam penghasilan replika LEGO Monkey.

Dimana kesemua LEGO monkey yang dibina ini akan dipamerkan diatas Festive Stage, Lego City untuk tatapan para pengunjung. Sebagai tanda penghargaan LEGOLAND® Malaysia akan memberikan Commemorative Lunar New Year DUPLO™ brick buat semua yang turut serta dalam menghasilkan replika LEGO Monkey.

LEGO Monkey di LEGOLAND® Malaysia
Mrsyanie juga turut serta dalam menghasilkan Replika LEGO Monkey

LEGO Monkey di LEGOLAND® Malaysia


Majlis turut dimeriahkan dengan persembahan Tarian Singa yang menjadi simbolik kepada Sambutan Tahun Baru Cina. Jangan bimbing buat semua pengunjung yang hadir ke LEGOLAND® Malaysia pada 8hb dan 9hb Februari ini turut akan menyaksikan persembahan Tarian Singa khas sempena Tahun Baru Cina.

Tidak ketinggalan juga dengan aktiviti wajib bagi sambutan Tahun Baru Cina iaitu Yee Sang. Yang ni pun pertama kali Mrsyanie turut serta dalam aktiviti Yee Sang. 


LEGO Monkey di LEGOLAND® Malaysia

LEGO Monkey di LEGOLAND® Malaysia

LEGOLAND® Malaysia juga jalankan promosi sempena Tahun Baru Cina:


1) ''Bring a Friend for Half the Price 

Promosi ini sah dari 12 Jan - 5 Feb 2016.
- Membawa kawan bersama untuk dapatkan separuh harga.
- Korang juga akan menerima hadiah limited edition Lunar New Year Commemorative brick

2) Beli ''3 percuma 1'' pas tahunan.

- Promosi sah dari 12 Jan - 29 Feb 2016.

3) Retail promotion 

- Promosi sah dari 5 Feb - 14 Feb 2016.
- Dengan pembelian mana-mana produk LEGO akan menerima paket angpow LEGO dan hadiah monyet ekslusif. 

4) Pemegang kad Maybank

- Kepada pemegang Kad Maybank boleh menerima potongan sebanyak RM60. apabila membeli minimum 4 tiket LEGOLAND® Malaysia.
- Juga layak mendapat limited edition Lunar New Year brick. 


Korang boleh beramah mesra dan bergambar dengan Walking Character Minifigures yang akan berada di sekitar taman tema. Yeahh mesti anak-anak kecil suka kan, tapi bukan anak kecil je hihi Orang dewasa pun teruja tau.

LEGO Monkey di LEGOLAND® Malaysia


Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan:

LEGOLAND Malaysia

Alamat: 7, Jalan LEGOLAND, Bandar Medini Iskandar Malaysia, 
            Johor Darul Takzim, Malaysia, 79250 Nusajaya

Telefon:  +607 597 8888 

Email: info@legoland.my


Website: www.legoland.my 
Instagram: www.instagram.com/legolandmalaysia
Facebook: www.facebook.com/legoland.my 



Till Next Entry ye!!!
Salam Sayang

Labels: , , , , ,