Resort Agrofarmstay @ Skill-Tech Melaka

Assalammualaikum w.b.t

Resort Agrofarmstay @ Skill-Tech |  Permulaan tahun 2016 bersama dengan Kelab Blogger Ben Ashaari dalam satu Bengkel Fotografi KBBA. Bengkel Fotografi KBBA berlangsung di Resort Agrofarmstay @ Skill-Tech, Melaka.


Resort Agrofarmstay @ Skill-Tech


Mrsyanie tak mahu cerita lagi mengenai Bengkel Fotografi, jangan risau Mrsyanie buat entry khas mengenai Bengkel Fotografi kami ye. Dalam entry kali ini, Mrsyanie nak story mory dengan korang mengenai Resort Agrofarmstay @ Skill-Tech. 

sumber gambar: Kak Saidila

Ini kira percutian pertama Mrsyanie pada tahun 2016 dalam Malaysia. Yeah terjah Melaka kita.!! Resort Agrofarmstay @ Skill-Tech merupakan resort yang bertemakan kehidupan dalam persekitaran semulajadi dan lebih menekankan konsep tumbuhan hijau.


Resort Agrofarmstay @ Skill-Tech terletak di Durian Tunggal, Melaka. Ia terletak di atas kawasan seluas 30 tanah berbukit dan rata dikelilingi oleh kawasan pertanian dan tumbuh-tumbuhan hijau (suasana alam semulajadi) yang sesuai untuk bersantai atau untuk aktiviti-aktiviti seperti latihan fizikal dan kecergasan, perkhemahan, kem motivasi, kursus, seminar dan sebagainya. 

Jenis Penginapan yang disediakan di Resort Agrofarmstay @ Skill-Tech:

Villa 14 Bedded

sumber gambar: Kak Saidila
sumber gambar: Kak Saidila




Kemudahan yang terdapat di  Agrofarmstay @ Skill-Tech termasuk :

Dewan Tertutup


Dewan Terbuka

Bilik Seminar

Bilik Mesyuarat

Surau Teratak

Kolam Renang


Rumah Kasut (Karaoke) 


Di sini sangat sesuai untuk organisasi korang nak jalankan seminar, bengkel atau apa sahaja, family day pun sesuai. Korang boleh request apa sahaja yang berkaitan untuk program korang. Makanan disini pun sedap. Yang penting ulam ulaman tetap ada disajikan. Alhamdulillah memang sangat seronok dan puas hati!


Lokasi Resort Agrofarmstay @ Skill-Tech:

Resort Agrofarmstay @ Skill-Tech terletak kira-kira 7 batu atau 15 minit dari pekan Durian Tunggal. Jangan risau korang boleh waze sahaja Agrofarmstay @ Skill-Tech. Mrsyanie dari highway keluar Tol Ayer Keroh Melaka, kemudian melalui UTeM Melaka. Dekat jew tapi korang kena lah tumpang lalu dalam UTeM. Dalam 10 minit sampai dari UTeM Melaka.


Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan:

Alamat: Lot 453, Batu 13, Jalan Tebong/ Machap, 
            76100, Durian Tunggal, Melaka 

Boleh Menghubungi : 
           Encik Bari - 012-211 8246 
           Encik Mat - 016-209 8623

Website: www.agrofarmstay.my

Facebook: https://www.facebook.com/agrofarmstay/ Instagram: https://instagram.com/agrofarmstay/


Till Next Entry ye!!!
Salam Sayang

Labels: , , , , , ,