Sambal Membuka Selera| Restoran Ayam Penyet AP

Assalammualaikum w.b.t

Restoran Ayam Penyet - AP | Food hunter kali ini dekat AEON Rawang sahaja. Selalu jew Mrsyanie terjah AEON Rawang tapi belum berkesempatan untuk terjah Restoran Ayam Penyet -AP. Kali ni food hunter Msryanie bersama dengan adik-adik Mrsyanie sekali.  Mesti ada antara korang yang dah try kan Ayam Penyet AP. Antara Restoran Ayam Penyet yang terkenal dengan rasanya.

Ayam Penyet AP

Restoran Ayam Penyet - AP


Mrsyanie kurang sebenarnya nak makan Nasi Ayam Penyet ni tapi sebabkan Mrlaling nak makan nasi dan Restoran Ayam Penyet -AP belum kami terjah. Jadinya kami pun mencuba masakan Restoran Ayam Penyet -AP. 

Ayam Penyet AP

Tengok dari segi deko Restorannya sangat menarik dan lebih kepada tradisional. Yelah Nasi Ayam Penyet merupakan makanan daripada Jawa. Ianya makanan yang berasal daripada Indonesia. Jadi ianya lebih kepada tradisional setiap deko nya tetapi tetap ada moden.

Ayam Penyet

Jom tengok menu yang disediakan di Restoran Ayam Penyet -AP :
 Ayam Penyet AP

Ayam Penyet AP

Dah masuk Restoran Ayam Penyet -AP mestilah wajib order Nasi Ayam Penyet -AP kan. Restoran Ayam Penyet -AP juga buat promosi beli 4 ayam penyet akan dapat percuma 1 jug air. Air ula boleh pilih ais lemon teh, Teh Hijau OISHI atau sirap (jiak tak silap). 

Kami order 4 set ayam penyet, 1 set bebek bengil dan set kanak-kanak. Apa bebek bengil? Bebek dalam bahasa Indonesia yang bermaksud itik.

Ayam Penyet AP

Ayam Penyet AP RM10.50

Ayam Penyet AP
Ayam Penyet AP yang dihidang diatas pinggan kayu beralas daun pisang.

Ayam Penyet AP

Bebek Bengil RM13.90


 Ayam Penyet AP

Ayam Penyet AP
Ini lah set bagi nasi Ayam Penyet AP.
Ayam Penyet AP, ice cream
Ice Cream set Kiddy (set kanak-kanak)

 Ayam Penyet AP, teh oishi
Teh Hijau OISHI  (free)

Paling membuka selera Mrsyanie adalah sambal yang disertakan dalam Ayam Penyet. Memang sangat sedap walaupun ianya pedas. Licin sambal tu Mrsyanie makan sebab sangat sedap. Bagi yang tak tahan pedas jangan makan banyak-banyak sambal tu tapi kena juga makan dengan sambal baru lah terasa Nasi Ayam Penyet. Memang puas hati dan berbaloi!!

Ayam Penyet AP akan dihidangkan sekali dengan sup dan nasi tetapi harga nasi dan ayam adalah berbeza.

Ayam Penyet AP: RM10.50
Bebek Bengil: RM 13.90
Nasi 1pinggan : RM 2.20

Air refill 1 jug: RM 3.60
KIDDY Meal Nugget Ayam Penyet Ap + Kentang goreng: RM12.70
+ Ice Cream

Total kami makan di Ayam Penyet AP untuk 5 orang: RM83.20


Restoran Ayam Penyet -AP


Alamat: Ground Floor,  Aeon Rawang Anggun Shopping Centre, 
             48000 Rawang, Selangor, Malaysia



Till Next Entry ye!!!
Salam Sayang

Labels: , ,