Sambutan Ulangtahun di Flora Cafe

Assalammualaikum w.b.t

Sambutan Ulangtahun di Flora Cafe | Kuala Lumpur | Alhamdulillah genab umur pernikahan Mrsyanie dan Mraling 5 tahun. Moga tahun ini akan dikurniakan cahaya mata bagi penyeri dalam hidup kami aamin Insya-Allah. Tak terlambat Mrsyanie nak ucapkan Selamat Tahun Baru 2016.

Flora Cafe, Kuala Lumpur

Apa azam baru korang tahun ini? Mrsyanie tak ada azam tahun baru pun, jika nak kan sesuatu tak kisah dah tahun hihi.. Yang penting mohon doakan Mrsyanie dapat zuriat tahun ini ye hihi. Kali ini simple je sambutan ulangtahun pernikahan kami tetapi penuh dengan kenangan indah yang sentiasa dalam ingatan Mrsyanie.


Sambutan kami di Flora Cafe, makan dinner gtu dengan hidangan menu barat yang sangat sedap. Korang pasti nak tahu mahal ke tak kan? Harga yang disediakan tak mahal sebab ianya harga mampu milik. Kuantiti dan kualiti yang diberikan sangat puas hati. Banyak lak tu makanannya, sampai senang perut dah makan..hihi

Flora cafe juga menyediakan pakej bagi memudahkan korang membuat tempahan untuk sambutan hari jadi ke, sambutan ulangtahun perkahwinan ke dan sebagainya. Pakej yang disediakn khusus buat 2 orang samada korang boleh pilih nak makanan barat atau masakan Melayu. Mrsyanie sebabkan dinner, Mrsyanie book untuk menu makanan barat. yelah tengahri dah makan nasi malam pula kita layan makanan barat pulak.
 




sangat kan deko di Flora Cafe, sangat romantik dan tenang jew penuh dengan hiasan bunga-bunga. Paling menarik dihiasi dengan lilin dan bling bling alas meja. Korang juga boleh dapat perkhidmatan ambil gambar secara percuma. Flora Cafe akan uploadkan gambar-gambar romantik korang dalam flaman facebook Flora Cafe. 




PAKEJ ROMANTIC CANDLE LIGHT DINNER di Flora kafe ampwalk :

Meja makan anda akan dihiasi dengan LILIN,GUBAHAN BUNGA & ALAS MEJA (Standart set up table decoration).

Pilhan pertama adalah - set makanan barat

  • Mushroom soup (starter)
  • Maincourse adalah mix western platter seperti berikut : fish n chip,chicken wing,lamb chop,chicken jumbo sausage dan spaghetti napolitana
  • Puding caramel sebagai (dessert)
  • Cake coklat turut juga disediakan.

Air sirap FREE FLOW! Harga RM250 nett untuk berdua(2).

Pilihan kedua adalah - set masakan kampung

  • Nasi putih
  • Lauk-pauk spt Asam pedas ikan jenahak,Daging masak kicap,Ayam goreng berempah,Sambal udang dan Kailan ikan masin (kesemua hidangan lauk-pauk ini akan dihidang diatas meja anda serentak).
  • Bubur manis eg.pengat pisang (dessert)
  • Cake turut juga disediakan !

Air sirap FREE FLOW! Harga RM250 nett untuk berdua(2).


Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan:

Flora Cafe
Alamat: Ground Floor,The AmpWalk 218, Jalan Ampang, 
              50450 Kuala Lumpur, Malaysia

No Tel: 012-207 0166 / 03-2181 0986
Email: florakafe@gmail.com

Facebook: Flora Cafe


Till Next Entry ye!!!
Salam Sayang

Labels: , ,