Jom Klik

FEED EFG

Segmen irrayyan | Sejarah Blog YanieYusuf

Assalammualaikum w.b.t


Segmen irrayyan | Sejarah Blog YanieYusuf | Mungkin ramai yang masih tidak mengenali diri Mrsyanie kan. Tetiba jew Mrsyanie nak cerita pasal sejarah kan. Bila ada permulaan, pasti ianya menjadi satu sejarah dan pengalaman. Jom dengar cerita Mrsyanie lak.hihi


Sejarah blog yanieyusuf

www.yanieyusuf.com


Mrsyanie nak ajak korang semua menyertai segmen dari Mommy Irra. Apa yang menarik tentang segmen ini, ianya lebih kepada perkongsian tentang sejarah atau permulaan wujudnya blog / blogger. Mrsyanie atau lebih dikenali dengan blogger YanieYusuf mula berblog pada tahun 2010. Tak ingat pula tarikh mula Mrsyanie wujudkan blog.hihihi. Banyak sangat telan semut ni. 

Blog Mrsyanie pada mulanya bernama ''Little Dreams Life''  kemudian bertukar kepada www.yanieyusuf.blogspot.com. Kemudian semakin bergiat dalam dunia blogger Mrsyanie ambil keputusan untuk dapatkan domain blog Mrsyanie sendiri dengan nama www.yanieyusuf.com. Didaftarkan pada tarikh  26 Mei 2015 sebagai blog berdomain dan, kini Mrsyanie jadikan tarikh 26 Mei sebagai tarikh anniversary Blog YanieYusuf.com. Mrsyanie mula aktif dalam dunia blogger sejak tahun lepas (2015) dengan kehadiran Kelab Blogger Ben Ashaari dalam kehidupan meryanie sehingga kini masih aktif, insya-Allah. (cewahh dalam kehidupan gitu, tapi memang betul hihi)

Tujuan Mrsyanie wujudkan blog kerana ingin berkongsi bersama dengan pembaca apa yang Mrsyanie rasa dan kongsikan info-info bersama. Pada mulanya anggap sebagai diari online Mrsyanie, kini ianya lebih kepada perkongsian pengalaman dan perkongsian maklumat / info. 


Mula Mrsyanie berhubung dengan Abg Ben Ashaari, bila Abg Ben tawarkan tiket ke Farm in The City, Sri Kembangan. Siapa tak nak kan, dan ianya merupakan lokasi pertama Mrsyanie dikenali sebagai blogger. Teruja sangat sebab disambut dengan baik dan terasa ala-ala VVIP . Alamak rindu lak nak ke Farm in The City semula...hihihi Kemudian Kelab Blogger Ben Ashaari buka keahlian pada blogger baru dan pada tarikh 6 Mac 2015 Mrsyanie pm Abg Ben. Alhamdulillah syukur dapat diterima masuk dalam Kelab Blogger Ben Ashaari dan terima kasih kerana sudi menerima blogger mentah ini (cewahh hihi). Dari situ mulanya Mrsyanie belajar mengenai blog dan kenali dunia blogger yang sebenar. Tetapi masih banyak lagi Mrsyanie perlu belajar dan memahami dalam dunia blogger. 

Mrsyanie juga turut diperkenalkan dengan group EFG, iaitu Exchange Feed Group dibawah Kelab Blogger Ben Ashaari. Mrsyanie diterima masuk oleh Mommy Irra dan dikenalkan dengan ahli-ahli EFG. EFG lebih memfokuskan group pembelajaran dan banyak mendisplinkan Mrsyanie dalam tugasan sebagai blogger. Mrsyanie mula mempelajari apa itu SEO, UV, PV dan banyak lagi ilmu dalam bidang blog.

Banyak yang Mrsyanie pelajari dan menerima pengalaman hadir ke event bersama dengan Kelab Blogger Ben Ashaari. Ada yang Mrsyanie tak sangka akan dapat, akhirnya dapat juga merasainya. Dengan travel/percutian yang ditaja, food review makan hingga pengsan dan banyak lagi kalau nak cerita. Apa pun jika tiada pengalaman yang Mrsyanie lalui mungkin tiada blog bernama YanieYusuf.com. Terima kasih juga kepada semua yang sudi membaca dan menjadikan blog Mrsyanie sebagai panduan dalam mendapatkan maklumat/info.

Ini serba sedikit sejarah blog dan pengalaman Mrsyanie dalam dunia blogger. Bagaimana pula dengan korang? Jom turut serta dalam segmen Irrayyan yang bertajuk ''Sejarah Blog''.

Syarat Segmen irrayyan | Sejarah Blog

1. Follow blog irrayyan
2. Buat satu entri bertajuk "Segmen irrayyan | Sejarah Blog XXX
(XXX = nama anda/blog anda)
4. Buat entri mengenai sejarah blog anda melebihi 300 patah perkataan. SEO yang bagus adalah jumlah perkataan dalam sesuatu entri melebihi 300 patah perkataan.
5. Tinggalkan url anda di ruangan komen entri Mommy Irra. Mommy Irra nak g baca entry korang nanti.

6. Tarikh tamat segmen ini adalah 24 jam selepas entry ini dipublishkan (Publish 27 Januari 2016 | 12:30).

7. Penganjur berhak menukar syarat dan sebarang perubahan akan dimaklumkan.


Till Next Entry ye!!!
Salam Sayang

4 comments:

  1. wah.. dah lain layout blog ni. hehehe. gtu kisahnya

    ReplyDelete
  2. hehehehe.. memang pengsan ke"jealous"an bila baca blog Yanie.. macam2 tempat dia pergi ye.. best betul..!! dah la tempat makan pun best2.. telan air liur je menengoknya.. :)

    best of luck Yanie..! semoga terus menjadi blogger aktif yang berjaya..

    bila2 sudi baca la cerita ain pula ye.. *kenyit mata*
    http://www.dramaticuniq.com/2016/01/segmen-irrayyan-sejarah-blog-dramatic-uniq.html




    ReplyDelete
  3. Tq yanie join segmen mommy irra... Wah yanie berblog dari 2010 rupanya... Semoga terus maju jaya dlm dunia blogging

    ReplyDelete

FANPAGE

back off