Spices Of Penang

Assalammualaikum w.b.t

Spices Of Penang  | The Original Taste of Penang | Mesti korang ternantikan lokasi food hunter Mrsyanie kan. Oklah kali ni Mrsyanie terjah Restoran Spices Of Penang . Ceq mai ke utara pulak ya ihihi Tukar selera pulak, banyak sangat ala-ala hipster kan, kali ini lebih kepada makanan dari Penang. Jangan risau tak perlu pi Penang, datang sahaja dekat mana-mana cawangan Spices Of Penang .


Spices Of Penang  | The Original Taste of Penang 



Mrsyanie terjah cawangan Spicy of Penang di AOEN Rawang. Restoran nya sangat simple tapi rilex je kalu datang makan sini. Pelayan dia comel-comel jew dan sangat ramah, siap Mrlaling leh buat lawak lagi kat pelayan disitu (aipp jangan lebih-lebih ye Mrlaling hihi). Jom kita tengok deko di Restoran Spices Of Penang .


Disini bukan sahaja ada disediakan menu Penang sahaja tetapi ada juga makanan barat dan tambahan menu lain. Jadi korang boleh rasa pelbagai menu disini. Apa agaknya yang Mrsyanie order ye hihi


CHAR KOAY TEOW RM 8.90

Bagi Char Koay Teow disini, rasanya sedap tetapi ianya seperti kuey teow goreng dan kuantiti pun agak banyak. Pedas nya pun ada rasa.

BANANA LEAFSAMBAL SOTONG SET RM14.80


BANANA LEAF IKAN PARI BAKAR SET RM16.80

Bagi minuman pula Mrsyanie tak ambil air biasa tetapi layan Snow Ice Dessert dan yang pasti kena ada air kosong. Sini ada pelbagai jenis perisa untuk deserrt snow ice tau. Memang kaw manisnya hihih tetapi agak berbeza snow ice yang Mrsyanie selalu jumpa. Buah yang disajikan sekali memang segar.

Snow Ice: Mix Fruits (6 Flavors ) RM10.80

Snow Ice: Hawaii Rainbow Ice RM 6.80


Cendul RM 4.80



Memang puas hati makan di Spices Of Penang. Yeahh!!!


Spices Of Penang 

Alamat: Ground Floor,  Aeon Rawang Anggun Shopping Centre, 
             48000 Rawang, Selangor, Malaysia



Till Next Entry ye!!!
Salam Sayang

Labels: , ,