The Pakcik Menjadi Pilihan Cafe Garage 51

Assalammualaikum w.b.t

The Pakcik Menjadi Pilihan Cafe Garage 51 | Sebenarnya The Pakcik merupakan salah satu nam minuma yang menjadi tarikan utama di Cafe Garage 51 yang terletak di Bandar Sunway. Korang pasti pernah dengan kan Cafe Garage 51, antara lokasi pilihan shooting Meletop dan Primadona yang lepas.

Cafe Garage 51 , sunway, cafe hispter
The Pakcik

Cafe Garage 51


Cafe Garage 51 yang terletak berhadapan dengan kolej Sunway, Bandar Sunway. Senang je nak cari lokasi sebab sekarang waze kan ada. Tak berkesempatan nak pergi, tapi minggu lepas tak rancang awal pun Bella ajak ke Cafe Garage 51. Kebetulan tiada planning minggu lepas nak kemana sebab agak penat satelkan kemas beg yang gi Vietnam ari tu. 

sunway, cafe hipster

Fuh nasib baik jalan tak jem, trauma kalau masuk Sunway ni sebab selalu jem tapi sebabkan hari ahad memang lancar perjalanan kami. Teruja tengok cafenya terutama lukisan dan trademark di luar cafe. Cantik lukisan seninya yang agak hipster jugak dan kereta merah yang menjadi Trademark di luar kedai. 


Lokasinya tidak seperti dalam jangkaan Mrsyanie, selalu dekat dengan mall atau antara lokasi spot kan. Tetapi yang menariknya, pelanggan yang datang tetap ramai. Apa agaknya yang menarik di Cafe Garage 51 sehingga ramai yang datang samada makan dicafe dan bungkus pun ramai. 

Sunway, cafe hipster, bandar sunway
  

Jom tengok pula menu yang sempat Mrsyanie terkam hihi.. Tengok je pun dah terliur kan, rasanya cam mana pulak. Sementara buat pilihan menu, diorang akan hidangkan air kosong untuk setiap pelanggan yang datang makan dan minum di cafe. Tengok botol air kosong dia pun rare lah hihi.

yanieyusuf, cafe hipster, sunway, bandar sunway

makanan, food

Ini adalah menu minuman yang menjadi pilihan pelanggan yang datang ke Cafe Garage 51. Seperti awal permulaan entry, Mrsyanie ada sebut tentang The Pakcik kan. Ianya adalah nama yang diberikan kepada minumam yang berasaskan Milkshake. 

Terdapat 4 pilihan menarik:

1) The Pakcik: Perisa Teh Tarik 

Sangat menarik kerana teh tarik dijadikan milkshake dengan rasa teh tarik yang asli. Sedap sangat dan ianya telah menjadi pilihan minumam kegemaran Mrsyanie ke Cafe Garage 51. Ini adalah menu yang baru tau!!

2) The Son
3) The Cousin
4) The Father


MessedUp Family RM18.90

Garage Latte RM16.90

Cappuccino RM10.00


Dibawah ni pula Mochatella, yang dihidangkan coffee cube bersama nutella dan susu segar. Bila nak minum korang hanya tuangkan susu dan kacau sebati. Sangat sedap!!

Sebelum dicampurkan

Mochatella RM16.00

Grilled Salmon dengan Poached Egg & Sourdough RM29.00


HARGA 16.00, GARAGE 51 CAFE

Sourdough dengan Zucchini Fritters RM16.00

Sourdough dengan Zucchini Fritters

GARAGE 51 CAFE

Awesome Garage Breakfast RM26.00

GARAGE 51 CAFE

Messy Garage Pancake dengan Nutella RM18.00

garage 51 cafe

Homemade Kek

Homemade Kek pula dibuat sendiri oleh ibu owner Cafe Garage 51 tau. Alhamdulillah sangat kenyang dan sangat seronok dapat hangout bersama Bella dan Kecik. Dari jam 3 petang sampai ke 6 petang kami berborak. Cafe Garage 51 lokasi yang sangat selesa dan santai. Makanannya pula sangat sedap dan berbaloi dengan harga. Korang patut datang cuba rasai sendiri menu yang disajikan tau. Selamat mencuba! 

Cafe Garage 51

Alamat: 51, Jalan PJS 11/9, Bandar Sunway, 
            47500 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.

No Telefon: 03-5612 5618

Waktu Operasi: 11 pagi sehingga 11 malam

Email: hello.garage51my@gmail.com

Website: http://cc.garage51my.com
Facebook: https://www.facebook.com/Garage51MY/
Instagram: https://www.instagram.com/garage51my/



Till Next Entry ye!!!
Salam Sayang

Labels: , ,