Tony Fernandes Jemput Sertai #GREEN24

Assalammualaikum w.b.t

Tony Fernandes Jemput Sertai  #GREEN24 |  Sempena perubahan cuaca yang melanda, AirAsia kini menjemput semua untuk menyertai satu program kesedaran yang dipanggil #GREEN24. Ianya akan berlangsung pada 29 dan 30 Januari 2016 ini bagi mendidik dan mengambil langkah-langkah bagi isu-isu yang berkaitan dengan perubahan iklim. 


Tony Fernandes Jemput Sertai #GREEN24


Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Tony Fernandes telah merakamkan satu video khas bagi menjemput semua supaya menjadi lebih proaktif dalam melindungi alam sekitar dan bumi. Marilah bersama-sama kita menyertai dengan meletakkan hastag #GREEN24challenge sebagai tanda sokongan kita terhadap kesedaran perubahan iklim bumi.


AirAsia sebagai Syarikat penerbangan meneruskan inisiatif kesedaran perubahan iklim dan alam sekitar dengan gerakan yang bertemakan #GREEN24challenge. Kempen kesedaran perubahan iklim dan alam sekitar yang dijalankan selama 24jam bagi mendidik dan meningkatkan kesedaran kepada semua golongan terhadap perubahan iklim dan alam sekitar.

Marilah kita bersama dalam membantu memberi kesedaran tentang perubahan iklim yang melanda bumi kini. Dengan hastag #GREEN24challenge moga ianya dapat memberitahu sokongan kita terhadap Kempen #GREEN24 ini.


Untuk maklumat lanjut tentang #GREEN24challenge:

Website: airasia.com/GREEN24
Youtube: youtube.com/user/AirAsia


Join the AirAsia #GREEN24 Challenge and stand a chance to win 24 AirAsia return flights to any destination of your choice!* Sila layari website AirAsia Green24.

Till Next Entry ye!!!
Salam Sayang

Labels: ,