Aust. Braised Lamb Shank Paling Sedap!

Assalammualaikum w.b.t

Aust. Braised Lamb Shank |  Tak sah kalu tak ada cerita pasal foor review kan hihi.. Kali ini berlainan sedikit sebab Mrsynaie bukan food hunter di restoran biasa tetapi ianya adalah lokasi didalam salah satu Theme Park Malaysia yang sangat terkenal. 


Aust. Braised Lamb Shank


Kenapa dengan Aust. Braised Lamb Shank? Itu adalah salah satu menu yang menjadi permintaan ramai disini. Restoran ini terletak didalam Legoland Theme Park Malaysia, yang terletak di Johor. Di Legoland Malaysia terdapat beberapa restoran atau cafe yang disediakn bagi kemudahan pengunjung untuk berehat dan tambahan tenaga setelah penat bermain. 

Antara Restoran/cafe yang terdapat Legoland Malaysia adalah:


Market Restaurant 


Restoran yang menjadi food hunter Mrsyanie adalah Market Restaurant yang terletak dalam kawasan Theme Park Legoland. Ianya bersebelahan dengan game Driving School. Kalau korang masuk Theme Park pintu utama ianya terletak dibelah kanan. Jom kita tengok menu yang menarik disini:

menu, market restaurant

Di Market Restaurant terdapat beberapa slot pilihan makanan dan minuman yang disediakan. Terdiri daridapa makanan Asian, makanan kanak-kanak (kids meal), Western, dan sudut minuman. Konsep disini adalah bayar dan ambil makanan yang dipesan. Korang tak perlu nak beratur panjang tunggu makanan pastu bawa makan ke kaunter untuk pembayaran. Disini memudahkan pembelian pelanggan yang datang. 

menu

Selain itu, jika makanan masih belum siap korang tak perlu untuk tunggu disitu kerana mereka menggunakan satu alat menunggu. Para pelayan akan bagi korang alat tersebut, dan korang boleh tunggu diruang makan (meja makan), bila makanan sudah siap ia akan menyala untuk memberitahu makanan korang dah siap. Dibawah inilah alat yang digunakan.



Kita tengok pula menu yang Mrsyanie order bersama rakan blogger yang lain:

Aust. Braised Lamb Shank antara menu wajib yang kami cuba. Teruja tengok Aust. Braised Lamb Shank nya dan rasanya sangat sedap. Terbaik!! Bila tengok Aust. Braised Lamb Shank mesti teringat Mrlaling sebab dia suka sangat makan kambing tau. Feveret Mrlaling ni.

Legoland Malaysia

Aust. Braised Lamb Shank


Legoland Malaysia

Roasted Chicken

legoland restoran

Roasted Chicken


Ribena, dessert, Legoland Malaysia

Biryani Rice Kids Set bersama 1 botol Ribena + 1 dessert


Legoland Malaysia

Pasta Carbonara


 Ice Cream, Legoland Malaysia

Ice Kacang + Ice Cream

Ruang makan yang disediakan sangat mesra pelanggan. Ianya juga sesuai untuk ahli keluarga untuk berehat disini. Kawasan yang luas, berhawa dingin dan juga disediakan mainan LEGO untuk anak-anak bermain.


Makanan yang disediakan sangat sedap dan memang ikut citarasa tekak Mrsyanie tau. Tambahan pula kuantiti yang disediakan banyak berbaloi dengan harga. Mrsyanie siap ambil Nasi Biryani kids set tau, sebab kuantiti untuk makanan dewasa sangat banyak. Jadinya Mrsyanie ambil yang kids meal punya. hihi Memang sedap dan terbaik!!! Datang Legoland Malaysia korang kena mencuba menu yang ada di Market Restaurant ye.



Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan:

LEGOLAND Malaysia


Alamat: 7, Jalan LEGOLAND, Bandar Medini Iskandar Malaysia, 
            Johor Darul Takzim, Malaysia, 79250 Nusajaya

Telefon:  +607 597 8888 

Email: info@legoland.my


Website: www.legoland.my 
Instagram: www.instagram.com/legolandmalaysia
Facebook: www.facebook.com/legoland.my 



Boleh jugak klik entry dibawah:





Till Next Entry ye!!!

Salam Sayang

Labels: , , , , ,