Ke Utara Bersama Keluarga

Assalammualaikum w.b.t

Ke Utara Bersama Keluarga |  Alhamdulillah minggu yang sangat seronok dapat meluangkan masa bersama keluarga tercinta. Lama tak pergi ke utara tambah-tambah ke Kedah. Rindu suasana jelapang pagi tapi sekarang banyak dah pembangunan. Kurang kawasan jelapang pagi berbanding dulu.

Cuti perayaan tahun baru Cina, Mrsyanie gunakan sepenuhnya untuk bersama keluarga. Adik Mrsyanie ada di Gurun sekarang, ingatkan dah tak balik Kedah selepas ibubapa Mrsyanie pindah dari Kedah. Lepas ini boleh lagi kerap datang sebab adik dah ada disana. hihi..

Merasa jugak lah kesesakan lalu lintas, lama tak rasa sebab dok Tanjung Malim keluarga pun kat sini hihi.. Mrsyanie gerak hari Sabtu pagi-pagi, itu pun ada jugak sesaknya sebabkan kemalangan. Tapi alhamdulillah perjalanan berjalan dengan lancar dan selamat.

Jom layan gambar kami sekeluarga, mana yang sempat je ni hihi




Banyak dah bangunan mall didirikan di Kedah, nampak kemajuan nya. Cuma tak sempat terjah Pekan Rabu sahaja. Katanya tapak lama dah dirobohkan untuk dibina semula. 




Bila keluarga berkumpul hihi Rasa nak bercuti lagi ke Kedah lepas ni. yeahh!!!


Till Next Entry ye!!!
Salam Sayang

Labels: